Sunday, December 30, 2007

!429 H

Dengan turunnya ayat "Iqra bismirabikalazi ... " maka berlakulah perubahan yang Islamik ke atas manusia di alam ini. Perubahan ini makin ketara dengan peristiwa hijrah Ar Rasul (s.a.w) bersama sahabat ke Madina. Peristiwa hijrah ini kemudiannya diambil sebagai tarikh bagi takwim Islam.

Sayangnya selepas kejatuhan Othmaniah dengan kejayaan barat semasa perang dunia pertama, Tahun hijrah mula di pinggirkan oleh ummah. Tahun masihi dikedepankan. Hal ini berterusan sehingga ke hari ini. Mungkin ada kawasan atau negara yang masih menggunakan tahun hijrah sebagai tarikh utama dalam urusan mereka tapi perkara ini tidak menjadi kebanggaan ummah pada hari ini.

Walaubagaimanapun tahun hijrah tidak boleh diabaikan pada semua tempat. Mengapa? Ini adalah disebabkan beberapa ibadah fardhu berkait rapat dengan tahun hijrah. Puasa dan Haj, begitu juga dua hari raya, puasa sunat disamping beberapa syiar yang tidak dapat dipisahkah seperti Awal Muharram, Nuzul Quran dan Maulidur Rasul.

Walaupun begitu tidak ramai yang berminat menggunakan tarikh hijrah dalam kehidupan dan muamalat seharian. Dai atau pendakwah pun tidak bersungguh untuk menggunakan tarikh hijrah. Kalau dicadangpun semua akan dia membisu. Kalau ada tindakbalas pun dengan alasan agak sukar untuk mengikutinya. Apakah kesukarannya menggunakan tarikh hijrah sebagai tarikh utama kita dalam muamalat. Kalau bukan kita siapa akan memulakannya.

MAGHE lah kita mula menggunakan 1429H sebagai tahun dan tarikh rujukan utama kita. Kita biasakan diri kita kemudian biasakan dengan keluarga kita dan seterusnya dengan masyarakat kita agar kita tidak lalai dengan tuntutan Islam yang berkaitan dengan tarikh ini.

No comments: