Tuesday, October 14, 2008

Puasa

A few more pantun that pops up my mind

Sebelum dihidang makanan dirasa,
Dimasak oleh chef Hawa,
Indah sungguh hidup berpuasa,
Menjadi kita orang bertaqwa.

Basikal tua,
Aku gembira,
Orang bertaqwa,
mendapat syurga.

Friday, October 10, 2008

Ucapan di MPN JIM Kelantan

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته


37. .... adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38. serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39. maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(surah an Naziat)

Semasa ramdhan yang lalu kita menjadi seorang manusia yang menginsafi kelemahan diri. Kita menjaga diri kita sebegitu rupa agar kita dapat melaksanakan ketaatan berpuasa dengan seoptimum mungkin. Bangun diwaktu sahur untuk bersahur, teliti dengan masa sewaktu matahari jatuh bersedia untuk berbuka. Itulah bibit-bibit taqwa yang datang secara spontan kerana ibadah puasa. Itulah rahmat Allah kepada kta. Kita mula melalui kehidupan dibulan puasa dengan amalan-amalan ketaqwaan. Berbahgialah orang-orang yang memperolehi kemanisan ibadah puasa dan keampunan Allah SWT. Semoga kita tergolong kedalam golongan tersebut.

Semasa ramadhan, Kita juga menjadi sohibul Qur’an dengan tilawah dan tadabbur siang dan malam. Sepatutnya kita tetap menjadi sohibul Quran walaupun 1 syawal sudah berlalu. Kita semestinya menjadi sohibul Quran kerana kita adalah pendokongnya dan pejuangnya. Kita adalah sohibul Quran kerana kita adalah penyeru kepada Al-Quran.

Saya teringat kepada kisah Nabi Ibrahim as. Allah SWT dalam surah al anbiya',


57. "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
58. lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka Yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadaNya.
59. (setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah Yang melakukan perbuatan Yang demikian terhadap tuhan-tuhan Kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang zalim".
60. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
61. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah Dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
62. (setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah Yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
63. ia menjawab: "(Tidak) bahkan Yang melakukannya ialah (berhala) Yang besar di antara mereka ini! maka Bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
64. maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang Yang zalim".
65. kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya Engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa Engkau menyuruh Kami bertanya kepadanya)?"
66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah Yang lain dari Allah sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa Yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"


Itulah kisah Nabi Ibraim dengan dakwahnya yang juga menjadi dakwah kita. Marilah kita jadikan JIM ini sebagai satu organisasi yang mendokong Al Quran dan mengajak kepada Al-Quran sepenuhnya.

Akhir sekali saya mengucapkan Jazakallahukhairan kepada YDP yang membantu memaklumkan tentang MPN ini dengan mesejnya yang tak mampu su lakukan. Jazakumullahukhairan kepada semua pihak yang menjayakan MPN kali ini. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita pada hari sebahgian dari amal-amal soleh kita diakhirat kelak.

Wassalam

Tuesday, October 7, 2008

Pantun Hari Raya

This pantun was from someone who lived in Kepala Batas

Anuar melobi mencari krusi;
Pak Lah pning berkerut dahi;
Kini Syawal mnjelma lagi;
Mnghulurkn ucpn salam aidilfitri.


Ini pula jawapan saya kepadanya

Ku Li, Najib dan juga Tun,
Sedang sibuk berkira-kira,
Indah sungguh pantun disusun,
Hati gusar jadi gembira.

Sunday, October 5, 2008

Zuhud

Seorang tabiin Hassan Basri ditanya, 'Apa rahsia zuhudmu didunia ini?

Beliau menjawab, 'Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. DAn aku tahu kematianku itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah Azza Wa Jalla.

Majlis Hari Raya PKMK dengan pelajar IPT

PKMK - Persatuan Kebajikan Mukim Kutan

Kisah Bayhara bin Firas from Bani Amir said, ‘By God if I could take this man from Quraysh I could eat up the Arabs with him.’ Then he said, ‘If we actually give allegiance to you and God give you victory over your opponents, shall we have authority after you?’ [Rasulullah s.a.w] replied, ‘Authority is a matter which God places where he pleases.’[Bayhara] answered, ‘I suppose you want us to protect you from the Arabs with our breasts and then if God gives you victory someone else will reap the benefit! Thank you, No!’[1]

Kisah Umair bin Said [2]
Umair dipelihara oleh bapa tiri, al Julas bin Suwaid. Al Julas adalah seorang kaya dan hartawan. Kedua-dua saling sayang menyayangi. Umair seorang yang cerdik, pintar, amanah dan benar sejak kecil lagi. Umair memeluk Islam semasa berumur 10 tahun. Sejak itu beliau sentiasa bersama solat dengan Rasulullah saw.Pada tahun ke 9H Rasulullah mengistiharkan jihad ke Tabuk dan memerintah orang-orang Islam bersiap sedia. Umair merasa kehebatan persiapan umat Islam dengan pengorbanan dan infak yang diberikan oleh mereka tetapi beliau merasa hairan kerana bapa tirinya tidak menunjukkan kesungguhan untuk pergi berjihad.Untuk membangkit semangat jihad dihati ayah tirinya, Umair bercerita tentang pengorbanan orang-orang mukmin kepadanya. Namun al Julas seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Umair malah mengeluarkan kata-kata yang mengejutkannya. Kata-kata yang boleh mengeluarkan penyebut daripada iman. al Julas mengatakan, ‘Jika benar kenabian yang didakwa oleh Muhammad, kita lebih teruk daripada keldai.’Umair memikirkan apa yang wajib dilakukannya. Jika dia berdiam diri mengenai al Julas dan menyembunyikan keadaannya, ia adalah satu pengkhianatan kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya jika dia menghebohkan apa yang didengar, ia menjadi satu penderhakaan kepada lelaki yang menjadi ayah kepadanya.Umair perlu memilih dan membuat pilihan.Umair memberi ucapan dengan penuh tertib kepada ayah tirinya dan menyatakan akan menceritakan apa yang didengarknya kepada Rasulullah saw.Setelah umair menceritakan kepada Rasulullah saw, al Julas dipanggil dan Rasulullah bertanya akan hal yang dikhabarkan oleh Umair. al Julas menafikannya dan mengatakan Umair seorang yang tidak bersyukur kerana menyakiti orang yang menjaga dan memeliharanya. al Julas seterusnya bersumpah bahawa beliau tidak mengatakannya.Umair sedih dan menangis serta berdoa agar Allah menyatakan kebenaran.Pada masa yang sama Rasulullah saw menerima wahyu surah at taubah ayat 74:

74. mereka bersumpah Dengan nama Allah, Bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu Yang buruk terhadapmu), padahal Sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa Yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, Yang akan menjadi Pelindung dan juga Yang menjadi Penolong.

al Julas menggelentar ketakutan dan memohon maaf dari Rasulullah saw dan betaubat tidak daripada dosanya.Rasulullah saw bersabda kepada umair, ‘Wahai budak lelaki! Telinga kamu telah menunaikan apa yang telah didengarnya. Dan Tuhan kamu telah membenarkan kamu’


Peranan Pelajar & Harapan Kami

Apakah sejarah kita? Sejarah kita juga adalah sejarah Islam. Kita dilahirkan sebagai individu muslim melalui ibu dan ayah muslim. Ini adalah suatu nikmat yang besar. Kemudian kita diberi kelebihan menjadi seorang yang cerdas dalam akademik dan sekarang berada dimenara gading dalam pelbagai jurusan.

Kecerdasan ini bukan milik kita yang mutlak. Ianya merupakan anugerah Allah dengan tujuan tertentu. Yang pastinya ianya diberikan kepada kita agar kita mengesakannya. kita mengikut jejak orang-orang yang terpelajar sebelum ini yang beriman dan berjuang membela dan membawa ajaran Rasulullah saw.

Saya mengajak mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi mukim kutan ini menjadi pendokong-pendokong Islam, menjadi pekerja-pekerja untuk Islam, menjadi pendakwah-pendakwah Islam. Saya menyeru saudara-saudari menguasai Islam dan tuntutannya dan bersama dengan kami, sekurang-kurangnya, PKMK melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan daawah ditempat yang kita sayangi ini agar diredhai oleh Allah SWT. Marilah saudara-saudari mencontohi Umair bin Said yang telah saya ceritakan tadi.
[1] p 195 The Life of Muhammad. A translation of Ibn Ishaq’s Sirat Rasul Allah by A. Guillaume. Oxford University Press. 1980.
[2] pp261-268. 65 gambaran kehidupan sahabat.Jilid 2. Dr Abdul Rahman Ra’fat al Basha. Pustaka Salam. 2006

Wednesday, October 1, 2008

My Eid Fitri Khutbah

ini adalah ringkasan khutbah yang saya sampaikan pada pagi eid fitri 1429H


Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

الحمداللهSekali lagi kita diberi nikmah dapat menghirup udara syawal yang penuh berkah ini. Segala pujian bagi Allah yang memberikan kita peluang ini. Marilah kita penuhi peluang dan nikmat ini dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaNya sepanjang hari dan sepanjang hidup kita ini. Marilah kita memenuhi peluang ini untuk melakukan ketaatan kepadaNya dengan sedaya upaya kita agar kita tergolong kedalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya.


Kta telah melalui ramadhan dengan jayanya. Persoalannya adakah kita mendapat kejayaan yang sebenarnya? Adakah kita telah mencapai darjah taqwa?


Kita Puasa kerana Iman dan perintah Allah

Kita berpuasa hasil daripada keimanan kita kepada Allah SWT. Setelah kita beriman kita dituntut untuk bertaqwa dan berusaha untuk mendapatkan taqwa.

35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(سورة المائدة :35)

Hari Raya yang kita rayakan pada hari ini juga dinamakan eidul fitri. Hari Raya Fitrah. Ini adalah kerana setelah kita selesai berpuasa dibulan ramadhan kita diharap-harapkan telah kembali kepada fitrah. Kita kembali kepada asal kejadian kita yang tunduk dan patuh kepada Allah swt dan menjadi orang yang bertaqwa.


30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
سوره الرم:30

Sabda Rasulullah saw

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
“Setiap bayi dilahirkan secara fitrah, maka kedua ibubapanya yang bertanggungjawab menjadikannya yahudi, nasara atau majusi“

Fitrah kita adalah fitrah yang mengakui adanya Allah. Fitrah kita adalah fitrah yang mengesakan Allah iaitu mentauhidkan Allah. Fitrah kita adalah fitrah yang suka kepada kebenaran dan benci kepada kezaliman dan kekufuran. Fitrah kita ialah fitrah yang suka menyeru kapada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Maka amalan puasa ramadhan dapat mengembalikan fitrah kita kepada yang asal tunduk dan patuh kepada Allah swt.

Puasa Melahirkan Insan Bertaqwa
Puasa ramadhan dapat melahirkan manusia yang bertaqwa seperti mana yang dinyatakan oleh Al-Quran:


183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
البقراه):183)

Ramadhan melatih kita daripada berlebih-lebihan dalam segala hal kecuali dalam hal-hal kebaikan dan kebajikan seperti solat sunat, sedekah dan zikir. Ramadhan juga melatih kita berteraksi dengan al-quran melalui solat terawih, tilawah dan tadarus. Berbahagialah orang-orang yang telah melalui semua ini seperti mana yang disebut oleh Rasulullah saw:

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda:
من صام رمضان أيمانا واحتساباغفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ا تقدم من ذنبه
“Barang siapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah akan mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barang siapa yang bersolat pada malam lailatul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
(sahih muslim:40)

Sifat-Sifat Taqwa

Hasil daripada ramadhan yang lalu kita pada hari ini sepatutnya memliliki sifat-sifat taqwa.


1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(al Baqarah: 1- 4)


177. bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.

(Al Baqarah: 177)

133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;
135. dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

(Al Imran: 133- 135)

Ganjaran Orang Bertaqwa

76. bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa Yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Imran: 76)

34. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
(al Qalam: 34)

31. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini.
32. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
33. dan perawan-perawan Yang sebaya umurnya;
34. serta piala atau gelas Yang penuh Dengan minuman;
35. mereka tidak mendengar di Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia, dan tiada pula perkataan Yang dusta;
36. sebagai balasan dari Tuhanmu, Iaitu satu limpah kurnia Yang dikira cukup (menurut Yang dijanjikanNya),



Hari ini kita menghadapi pelbagai kesukaran dan kesusahan dalam kehidupan. Kesusahan disudut ekonomi, sosial dan politik. Kesukaran dan kesusahan ini merupakan ujian dari Allah SWT.

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:


156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: „Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.“

(Al Baqarah:155-156)

Pada hari raya ini mari kita berazam menjaga kekuatan iman dan taqwa dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Marilah kita meneruskan usaha kita untuk melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya dalam kerja buat kita sehari-hari. Marilah kita menjadi manusia yang betaqwa sepanjang masa.

Peranan Kita

Penyelesaian kepada kemelut dan kesukaran kita ini adalah dengan kita kembali kepada ajaran Islam. Kita hendaklah kembali kepada ajaran AL-Quran yang diajar oleh Allah melalui Rasulullah Muhammad saw.

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

Saturday, February 9, 2008

Perancangan dan persediaan untuknya ...

Kita merancang Allah yang menentukan. Itulah alasan yang kita berikan bila kita tidak dapat melakukan apa yang ingin kita lakukan.

Persoalannya apa yang telah kita rancangkan?

Apakah yang telah kita rancangkan untuk daawah?

Apakah yang telah kita rancangkan untuk keluarga?

Apakah yang telah kita rancangkan untuk isteri/suami?

Apakah yang telah kita rancangkan untuk anak-anak?

Apakah yang telah kita rancangkan untuk ibubapa kita?

Apakah yang telah kita rancangkn untuk meningkatkan diri menjadi muslim yang lebih baik?

Jika benar kita telah merancang semuanya, adakah kita melaksanakan?

Persoalan ini selalu timbul.

Merancang dalam sesuatu organisasi perlu kepada penglibatan semua. Keterlibatan semua perlu kepada penglibatan yang serius dan bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh menyediakan perancangan. Bersungguh-sungguh berfikir semasa merancang. Bersungguh-sungguh meletakan apa yang dibuat dan berazam akan membuatnya.

Ada orang merancangan untuk dirinya dan kemudian dikatakan merancang untuk organisasi dan untuk semua. Tidak pernah dikongsi bersama dengan orang lain. Tidak pernah melibatkan orang lain. orang lain hanya dikehendaki melaksanakannya dan mengikutnya.

Ada orang menunggu perancangan dikemukakan kepadanya. Kalau tidak ada cadangan maka dia mengatakan orang lain tidak mahu memberi kerjasama dalam perancangan.

Ada orang akan merancagan bila diminta untuk merancang maka terkial-kial orang ini memikirkan apa yang patut dibuat dalam masa yang singkat untuk tempoh masa yang panjang. Jika tidak ada permintaan maka perancangan itu tidak akan dilakukan atau akan menunggu-nunggu ia dikemukakan cadangan. Mungkin sebulan, mungkin tiga bulan dan mungkin sehingga habis tempoh setahun.

Ada orang merancangan tetapi tidak ikut apa yang dirancangkan. Perancangan ditinggakan pada kertas sahaja untuk dikemukakan bila dipinta. Amal harian ikut arus dan ikut apa yang nak buat.

........