Alhamdulillah, puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Dia yang Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, dan segala yang hebat adalah milikNya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan mereka-mereka yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari yang kemudian.
177. Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Baqarah: 177)
Satu Kisah yang berlaku dalam sejarah ummah ialah bagaimana pihak musuh Islam sentiasa memerhati dan mencari kesempatan untuk menyerang ummah ini. Peristiwa ini berlaku selepas ummah Islam menguasai Sepanyol dan bersempadan dengan Perancis. Perancis masih kuat pada masa itu. Pemimpin mereka cuba untuk menawan kembali Sepanyol. Mereka menghantar pengintip untuk melihat suasana di Sepanyol. Mereka bertemu dengan seorang pemuda Islam yang menangis dengan begitu sedih sekali. Mereka bertanya kepada pemuda itu sebab dia menangis. Pemuda itu memberitahu yang ibunya tidak membenarnya dia menyertai tentera Islam sehingga dia tamat menghafal Al Quran sedang dia sangat-sangat ingin menyertai tentera untuk pergi berjihad. Pengintip tersebut kembali kenegaranya dan melaporkan bahawa mereka tidak boleh menyerang Kerajaan Islam yang mempunyai pemuda yang begitu bersemangat untuk berjihad.
Tiga puluh tahun selepas itu, kerajaan perancis menghantar perisik untuk menilai kembali suasana diSepanyol. Perisik tersebut bertemu dengan seorang pemuda yang menangis. Perisik itu bertanya pemuda tersebut mengapa dia menangis. Pemuda itu memberitahu dia menangis kerana ibunya tidak mahu memberinya hamba perempuan kepadanya. Perisik kembali ke Perancis dan memberitahu hal tersebut. Pemimpin Perancis mengambil keputusan untuk menyerang kerajaan Islam Sepanyaol dan mereka berjaya menawan Sepanyol Utara.
Kisah ini menunjukkan kepada kita kekuatan ummah terletak pada golongan muda, lelaki dan perempuan. Tabiat golongan muda hari ini akan menentukan kedudukan ummah pada masa depan. Gologan muda yang cintakan kebendaan dan kemewahan, kerja, gaji yang tinggi, kedudukan dan nama tidak akan dapat membela Islam dan tidak akan dapat membawa perubahan Islam. Golongan muda hari ini, khususnya pelajar dan mahasiswa mesti dibimbing dan dididik dengan fikrah dan akhlak Islam agar mereka dapat menjadi pejuang Islam. Oleh itu golongan muda mempunyai peranannya dalam kesinambungan perjuangan aqidah dan pelaksanaan amanah khilafah diatas muka bumi ini.
AL Quran telah mengisahkan kebangkitan dan kekuatan terletak pada golongan muda. Kisah ashabul Kahfi, kisah Thalut dan Jalut, kisah ashabul ukhdud, kisah dan remaja yang mati kerana memperjuangan kalimah Allah.
Seerah Rasulullah juga penuh dengan kisah-kisah pemuda yang beriman yang berjuang menegakkan agama Allah. Dua orang pemuda cuba memujuk Rasulullah agar mengizinkan mereka menyertai jihad fi sabilillah di Badr. Ali bin Abi Talib dengan hebatnya mempertahankan daawah dan pelbagai peristiwa lagi yang boleh kita petik untuk pengajaran kita bersama.
Apakah peranan anda sekarang? Saya ingin mengajak saudara-saudara untuk mewarisi perjuangan para abiya’, perjuagan Rasulullah dan sahabatnya. Saya ingin mengajak saudara-saudara membentuk diri sendiri dan seterusnya membentuk diri orang lain. Itulah yang dicontohkan lepada kita oleh Rasul dan sahabat-sahabatnya. Saya ingin mengajak saudara-saudara melaksanakan tugas daawah. Tugas daawah bukan khusus untuk golongan bergelar ustaz atau ustazah. Tugas daawah adalah tugas kita orang Islam. Ini kefahaman yang difahami oleh sahabat-sahabat Rasulullah apabila mereka memeluk Islam. Sebab itu mereka terus melaksanakan dakwah estela mereka memeluk Islam.
Tugas dakwah ini adalah tanggungjawab kita. Tugas ini adalah lebih khusus lagi untuk kita, saudara-saudara relajar yang terpilih untuk kemenara gading. Allah memilih saudara untuk membawa perubahan lepada ummah ini. Allah bukan memilih saudara untuk berbangga dengan nikmat menjadi mahasiswa, untuk berbangga dengan status sebagai orang cerdik tetapi membuka ruang dan peluang untuk mendapat ganjaran yang besar menjadi golongan yang akan memperjuangkan Islam, golongan yang akan membela Islam, golongan yang akan mengajak ahli masyarakat kembali lepada ajaran Islam, golongan yang akan mengajak masyarakat melaksanakan peraturan-peraturan Islam dalam kehidupan ini.
Untuk melaksanakan tugas ini saya ingin mengajak saudara-saudara untuk memahami Islam, mempelajari AlQuran, mempelajari seerah Rasulullah SAW, membentuk diri, membentuk peribadi agar menjadi seperti usamah bin zaid. Bila sampai waktunya boleh diberi dan bersedia menerima tanggungjawab untuk memimpin ummah ini, masyarakat ini agar tunduk dan patuh lepada Allah SWT.
Tugas ini memerlukan fardi-fardi yang bersedia untuk dibentuk dengan acuan Islam, bersedia untuk belajar, bersedia untuk disusun dan susunan amal jamaie, amal berorganisasi, dan bersedia untuk mentarbiyah diri dan ditarbiyahkan agar menjadi batu-bata yang akan menguatkan ummah ini.
Melalui organisasi mahasiswa mukim kutan ini, bukan sahaja saudara-saudara dapat memberi kebajikan melalui program-program yang dirancangkan tetapi juga bersedia menerima input, bimbingan dari kami dalam aspek-aspek pembentukan diri dan peribadi dari semasa ke semasa agar usaha kita untuk mendidik dan mengajak masyarakat menghayati Islam dapat direalisasikan dengan baik. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian idea dan tebaran hasrat kami dapat saudara-saudara bincangkan operasikan dalam gerakkejra mahasiswa mukim kutan ini. Kami akan sentiasa bersama, memberi sokongan untuk usaha-usaha yang baik ini.
108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."
(Surah Yusuf:108)
My tazkirah
8 years ago
No comments:
Post a Comment