Saturday, September 26, 2009

JIM Bachok

Ini adalah pemikiran saya semasa merasmikan MAD JIM Bachok kali 3 2009 pada 26 Sept 2009.
____________________________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

السم عليكم ورحمة الله وبركته

Segala puji dan puja bagi Allah SWT yang memberi nikmat Islam dan Iman; yang berkuasa keatas segala sesuatu; yang suci dari segala kekurangan; yang maha adil dan maha berkuasa dan yang memiliki segala yang ada diseluruh alam ini.

Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabiin, tabiin-tabiin, dan mereka yang mengikut jalan baginda sehingga kehari yang kemudian.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Hari ini 7 syawal 1430H, 7 hari selepas ramadhan. Mudah-mudahan kita semua berada ditahap taqwa yang tinggi. Masih kekal bertilawah Al Quran, masih kekal bersemangat memberi infak, masih kekal melaksanakan amalan-amlan sunat-sunat, sedang berusaha untuk melaksanakan puasa sunat syawal, masih dapat mengekang nafsu dan mempunyai kekuatan yang cukup untuk melaksanakan daawah ini.

Kita diberi nikmat yang besar iaitu nikmat memahami daawah. Dengan nikmat ini kita berusaha mewujudkan wadah ini, JIM khususnya JIM Daerah Bachok. Nikmat ini datang dengan amanah yang besar. Amanah melaksana dakawah ini. Amanah melaksana urusan ini sebaik mungkin, Amanah ini perlu dilakukan bukan diwaktu senggang kita tetapi sepanjang waktu dan luang yang ada seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Nuh. Nabi Nuh a.s. telah melakukan dakwah ini siang dan malam sehingga baginda berdoa kepada Allah.

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا ﴿٥﴾
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.
(Surah Nuh: 5)


Adakah kita boleh membuat seruan seperti yang dilakukan oleh Nabi Nuh? Adakah kita telah memenuhi syarat-syarat tersebut? Kita tahu jawapannya. Keahlian kita sedikit bukan kerana manusia menolak daawah kita tetapi kita yang tidak mengajak mereka. Ini satu ujian bagi kita.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

“Core business” kita ialah daawah dan tarbiyyah. Disana ada tiga bentuk amal daawah: Amal Tajmi’ie, Amal Muassasi dan Amal Am . Amal Am adalah amal yang dilakukan untuk masyarakat umum agar ruh Islam dapat didengari dan dihayati oleh mereka. Ia bukan untuk ahli.

Amal Muassasi pula ialah amal-amal dakwah yang dilaksanakan melalui institusi-institusi yang diwujudkan untuk mencapai objektif dakwah menerusinya.

Manakala amal tajmi’ie pula ialah usaha mengumpul manusia untuk mendokong daawah ini dan menyambung dawaah ini sehingga kalimah Allah tertegak di atas bumi ini. Amal tajmi’ie ialah proses mengumpul manusia dalam gerakan Islam untuk menegakkan Islam.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Berdasarkan tiga kategori amal yang disebutkan tadi, dimanakah kita sekarang? Kita sepatutnya boleh mempertingkatkan keahlian kita. Amal am kita sentiasa berterusan. Apabila ada amal am, tajmi’ie kita patut berlaku. Wadah kita akan menjadi semakin besar dan apabila ramai anggota masyarakat sukakan Islam, menghayati Islam secara fardi, akan mudah mereka menerima syariat dan mereka akan meminta agar syariat di tegak.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Gerakanlah dakawah ini! Ia adalah tugas kita. Kita perlu meletakkan pemikiran dan usaha untuk mengerakkan daawah ini. Ia bukan kerja ustaz-ustaz ia adalah kerja kita semua, taklif keatas semua orang Islam, lebih-lebih lagi keatas bahu-bahu kita yang memahami daawah ini.

Saudara-Saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

JIM ada RJIM2. Saya tak pasti saudara-saudara memahami RJIM2 ini. Saya sebutkan pada hari ini kerana RJIM2 adalah usaha kita bersama. Tugas kita untuk menggerakkan RJIM2 ini di kawasan kita.

Saudara-Saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Dengan Kehangatan Iman dan Taqwa hasil tarbiyyah Ramadhan marilah kita bersama-sama meningkatkan usaha dan kerja-kerja dakwah kita dalam masyarakat.

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya merasmikan MAD JIM Daerah Bachok kali ke 3 2009.

Sekian.

No comments: