Monday, September 21, 2009

Khutbah EIdul Fitri 1430

KHUTBAH INI DI SAMPAIKAN PADA 1 SYAWAL 1430H (2O/9/2009)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al Baqarah: 183-185)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

نقبالله من ومنكم,
“Semoga Allah menerima amalan (puasa Ramadan) kami dan kamu”
Hari ini bukan hari bersedih dan memcucurkan air mata tetapi hari ini adalah hari kita mengalirkan airmata kerana bersyukur dengan nikmat Allah kepada kita.
Alhamdulillah! kita diizinkan Allah untuk menamatkan Ramadan dengan jayanya. Tahniah!
Alhamdulillah! kita telah berjaya melaksanakan kewajipan zakat fitrah sebelum kita bersama menunaikan solat sunat eidil fitri pada hari ini.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah! Hari ini kita dapat merayakan salah satu eid – eidul fitri atau hari raya fitrah yang di syariatkan oleh Allah SWT kepada kita seperti mana hadith Rasulullah SAW.

Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, "Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; 'Eidul Adha dan 'Eidul Fitri’.” (Hadith Sohih: Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah! Pada hari ini kita bergembira dengan pakaian baru, dapat makan pada siang hari, bersama keluarga dan menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Matlamat as siyam di bulan ramadhan adalah at taqwa. Sifat utama orang beriman ialah mereka bertaqwa. Taqwa adalah sifat jiwa, sifat hati sepertimana sabda Rasulullah SAW,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً . الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ . التَّقْوَى هَهُنَا –وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
[رواه مسلم]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.
(Riwayat Muslim)

Muslimin dan Muslimat yang dihormati Allah,

At taqwa (Taqwa) ialah memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal salih dan takut kepada Nya ketika terang dan tersembunyi. Taqwa adalah merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya. Ia membolehkannya untuk menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan ini, serta membantunya untuk membezakan antara sebuah kehidupan yang baik dan yang buruk juga menyabarkannya ketika berhadapan dengan mihnah (ujian), tribulasi dan kesusahan kehidupan ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Kebaikan dan kelebihan sifat taqwa ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al Quran,

29. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar.
(Al Anfal: 29)

28. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkanNya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Hadid:28)

2. .... dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At Talaq:2 – 3)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya kebenaran tidaklah mengasingkan dirinya dari fitrah. Tetapi hawa nafsulah yang mendindingi kebenaran dengan fitrah, hawa nafsulah yang menyebarkan kelam kegelapan, mendindingi pendapat pemikiran menutupi jalan dan menyembunyikannya. Ianya tidak tertewas oleh hujah, tetapi ianya tertewas oleh ketakwaan. Tertewas oleh ketakutan kepada Allah dan muraqabah kepada-Nya ketika tersembunyi dan secara berterangan. Daripada ini nyatalah bahawa Al-Furqanlah (Al-Quran) yang menyinari pandangan dan menghilangkan segala kesamaran serta membuka (menjelaskan) jalan.(Abdullah Nasih Ilwan)

Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Taqwa adalah sangat penting dalam kehidupan manusia yang beriman kepada Allah. Ia penting dalam kehidupan kita. Ia boleh menyelesaikan persoalan dan permasalah kehidupan kita. Ia boleh membetuk manusia – kanak-kanak atau remaja, belia atau dewasa, lelaki atau perempuan. Ia boleh menjadikan masyarakat kita harmoni kerana semua ahli masyarakatnya bertaqwa kepada Allah.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Selepas ramadhan ini, sepatutnya tidak berlaku kegawatan dalam kehidupan kita sama ada kegawatan feel perangai, kegawatan sosial, kegawatan ekonomi, kegawatan politik dan kegawatan ummah. Persoalannya kegawatan ini tidak hilang. Jika hasil yang diharap-harapkan oleh Ramadan – menjadikan kita manusia bertaqwa - tercapai, InsaAllah kegawatan dan isu-isu dihadapan dapat kita hadapi, manusia yang jahat akan jadi baik, manusia yang berdosa akan bertaubat kepada Allah dan kembali kepada melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, Jangan kita lupa akan saudara-saudara Islam kita di Palestine yang menyambut eidul fitri di khemah-khemah pelarian dalam keadaan terkepung dan terjajah. Lebih dari 5 juta rakyat Palestine berada di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan Gaza. Generasi pertama telah beraya selama 61 tahun dalam keadaaan yang begitu. Selama 60 tahun mereka tidak dapat kembali ke kampung halaman, tidak dapat balik kampung. Golongan muda mereka tidak kenalpun akan kampung halaman mereka.

Umat islam dibaitul Maqdis pula tidak dapat memakmurkan masjidil Aqsa. Mereka sembahyang dibawah-bawah muncung senjata tentera zionis. Mereka dikenakan sekatan umur untuk masuk ke Masjidil Aqsa.

Muslimin dan Muslimat yang rahmati Allah,

Inilah senario umat Islam diPalestine. Menjadi tanggungjawa kita untuk mendoakan dan memberi bantuan kepada mereka. Begitu juga dengan umat Islam di Iraq, di Afghanistan, di China yang tersempit dan terhimpit oleh kejahatan manusia yang tidak takut pada Allah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

خطبة كدوا
Muslim dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Walaupun ramadan telah berlalu marilah kita terus melaksanakan
• Baca alquran dengan penuh perhatian (tadabur) dan khusyu’
• Mengikut contoh tauladan rasullullah saw
• Mendampingi orang-orang yang soleh “berjuruh”
• Sentiasa mengingati Allah pada setiap ketika dan keadaan
• Menangis ketika bersendirian kerana takutkan Allah
• Sentiasa mengerjakan ibadah-ibadah sunat; sembahyang;puasa:sedekah; haji dan umrah sunat jika mampu.

No comments: