Friday, October 10, 2008

Ucapan di MPN JIM Kelantan

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته


37. .... adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38. serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39. maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(surah an Naziat)

Semasa ramdhan yang lalu kita menjadi seorang manusia yang menginsafi kelemahan diri. Kita menjaga diri kita sebegitu rupa agar kita dapat melaksanakan ketaatan berpuasa dengan seoptimum mungkin. Bangun diwaktu sahur untuk bersahur, teliti dengan masa sewaktu matahari jatuh bersedia untuk berbuka. Itulah bibit-bibit taqwa yang datang secara spontan kerana ibadah puasa. Itulah rahmat Allah kepada kta. Kita mula melalui kehidupan dibulan puasa dengan amalan-amalan ketaqwaan. Berbahgialah orang-orang yang memperolehi kemanisan ibadah puasa dan keampunan Allah SWT. Semoga kita tergolong kedalam golongan tersebut.

Semasa ramadhan, Kita juga menjadi sohibul Qur’an dengan tilawah dan tadabbur siang dan malam. Sepatutnya kita tetap menjadi sohibul Quran walaupun 1 syawal sudah berlalu. Kita semestinya menjadi sohibul Quran kerana kita adalah pendokongnya dan pejuangnya. Kita adalah sohibul Quran kerana kita adalah penyeru kepada Al-Quran.

Saya teringat kepada kisah Nabi Ibrahim as. Allah SWT dalam surah al anbiya',


57. "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
58. lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka Yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadaNya.
59. (setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah Yang melakukan perbuatan Yang demikian terhadap tuhan-tuhan Kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang zalim".
60. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
61. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah Dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
62. (setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah Yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
63. ia menjawab: "(Tidak) bahkan Yang melakukannya ialah (berhala) Yang besar di antara mereka ini! maka Bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
64. maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang Yang zalim".
65. kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya Engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa Engkau menyuruh Kami bertanya kepadanya)?"
66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah Yang lain dari Allah sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa Yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"


Itulah kisah Nabi Ibraim dengan dakwahnya yang juga menjadi dakwah kita. Marilah kita jadikan JIM ini sebagai satu organisasi yang mendokong Al Quran dan mengajak kepada Al-Quran sepenuhnya.

Akhir sekali saya mengucapkan Jazakallahukhairan kepada YDP yang membantu memaklumkan tentang MPN ini dengan mesejnya yang tak mampu su lakukan. Jazakumullahukhairan kepada semua pihak yang menjayakan MPN kali ini. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita pada hari sebahgian dari amal-amal soleh kita diakhirat kelak.

Wassalam

No comments: