PKMK - Persatuan Kebajikan Mukim Kutan
Kisah Bayhara bin Firas from Bani Amir said, ‘By God if I could take this man from Quraysh I could eat up the Arabs with him.’ Then he said, ‘If we actually give allegiance to you and God give you victory over your opponents, shall we have authority after you?’ [Rasulullah s.a.w] replied, ‘Authority is a matter which God places where he pleases.’[Bayhara] answered, ‘I suppose you want us to protect you from the Arabs with our breasts and then if God gives you victory someone else will reap the benefit! Thank you, No!’[1]
Kisah Umair bin Said [2]
Umair dipelihara oleh bapa tiri, al Julas bin Suwaid. Al Julas adalah seorang kaya dan hartawan. Kedua-dua saling sayang menyayangi. Umair seorang yang cerdik, pintar, amanah dan benar sejak kecil lagi. Umair memeluk Islam semasa berumur 10 tahun. Sejak itu beliau sentiasa bersama solat dengan Rasulullah saw.Pada tahun ke 9H Rasulullah mengistiharkan jihad ke Tabuk dan memerintah orang-orang Islam bersiap sedia. Umair merasa kehebatan persiapan umat Islam dengan pengorbanan dan infak yang diberikan oleh mereka tetapi beliau merasa hairan kerana bapa tirinya tidak menunjukkan kesungguhan untuk pergi berjihad.Untuk membangkit semangat jihad dihati ayah tirinya, Umair bercerita tentang pengorbanan orang-orang mukmin kepadanya. Namun al Julas seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Umair malah mengeluarkan kata-kata yang mengejutkannya. Kata-kata yang boleh mengeluarkan penyebut daripada iman. al Julas mengatakan, ‘Jika benar kenabian yang didakwa oleh Muhammad, kita lebih teruk daripada keldai.’Umair memikirkan apa yang wajib dilakukannya. Jika dia berdiam diri mengenai al Julas dan menyembunyikan keadaannya, ia adalah satu pengkhianatan kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya jika dia menghebohkan apa yang didengar, ia menjadi satu penderhakaan kepada lelaki yang menjadi ayah kepadanya.Umair perlu memilih dan membuat pilihan.Umair memberi ucapan dengan penuh tertib kepada ayah tirinya dan menyatakan akan menceritakan apa yang didengarknya kepada Rasulullah saw.Setelah umair menceritakan kepada Rasulullah saw, al Julas dipanggil dan Rasulullah bertanya akan hal yang dikhabarkan oleh Umair. al Julas menafikannya dan mengatakan Umair seorang yang tidak bersyukur kerana menyakiti orang yang menjaga dan memeliharanya. al Julas seterusnya bersumpah bahawa beliau tidak mengatakannya.Umair sedih dan menangis serta berdoa agar Allah menyatakan kebenaran.Pada masa yang sama Rasulullah saw menerima wahyu surah at taubah ayat 74:
74. mereka bersumpah Dengan nama Allah, Bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu Yang buruk terhadapmu), padahal Sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa Yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, Yang akan menjadi Pelindung dan juga Yang menjadi Penolong.
al Julas menggelentar ketakutan dan memohon maaf dari Rasulullah saw dan betaubat tidak daripada dosanya.Rasulullah saw bersabda kepada umair, ‘Wahai budak lelaki! Telinga kamu telah menunaikan apa yang telah didengarnya. Dan Tuhan kamu telah membenarkan kamu’
Peranan Pelajar & Harapan Kami
Apakah sejarah kita? Sejarah kita juga adalah sejarah Islam. Kita dilahirkan sebagai individu muslim melalui ibu dan ayah muslim. Ini adalah suatu nikmat yang besar. Kemudian kita diberi kelebihan menjadi seorang yang cerdas dalam akademik dan sekarang berada dimenara gading dalam pelbagai jurusan.
Kecerdasan ini bukan milik kita yang mutlak. Ianya merupakan anugerah Allah dengan tujuan tertentu. Yang pastinya ianya diberikan kepada kita agar kita mengesakannya. kita mengikut jejak orang-orang yang terpelajar sebelum ini yang beriman dan berjuang membela dan membawa ajaran Rasulullah saw.
Saya mengajak mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi mukim kutan ini menjadi pendokong-pendokong Islam, menjadi pekerja-pekerja untuk Islam, menjadi pendakwah-pendakwah Islam. Saya menyeru saudara-saudari menguasai Islam dan tuntutannya dan bersama dengan kami, sekurang-kurangnya, PKMK melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan daawah ditempat yang kita sayangi ini agar diredhai oleh Allah SWT. Marilah saudara-saudari mencontohi Umair bin Said yang telah saya ceritakan tadi.
[1] p 195 The Life of Muhammad. A translation of Ibn Ishaq’s Sirat Rasul Allah by A. Guillaume. Oxford University Press. 1980.
[2] pp261-268. 65 gambaran kehidupan sahabat.Jilid 2. Dr Abdul Rahman Ra’fat al Basha. Pustaka Salam. 2006
Mula bicara IPG 2018
6 years ago
No comments:
Post a Comment