ini adalah ringkasan khutbah yang saya sampaikan pada pagi eid fitri 1429H
Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah,
الحمداللهSekali lagi kita diberi nikmah dapat menghirup udara syawal yang penuh berkah ini. Segala pujian bagi Allah yang memberikan kita peluang ini. Marilah kita penuhi peluang dan nikmat ini dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaNya sepanjang hari dan sepanjang hidup kita ini. Marilah kita memenuhi peluang ini untuk melakukan ketaatan kepadaNya dengan sedaya upaya kita agar kita tergolong kedalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya.
Kta telah melalui ramadhan dengan jayanya. Persoalannya adakah kita mendapat kejayaan yang sebenarnya? Adakah kita telah mencapai darjah taqwa?
Kita Puasa kerana Iman dan perintah Allah
Kita berpuasa hasil daripada keimanan kita kepada Allah SWT. Setelah kita beriman kita dituntut untuk bertaqwa dan berusaha untuk mendapatkan taqwa.
35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(سورة المائدة :35)
Hari Raya yang kita rayakan pada hari ini juga dinamakan eidul fitri. Hari Raya Fitrah. Ini adalah kerana setelah kita selesai berpuasa dibulan ramadhan kita diharap-harapkan telah kembali kepada fitrah. Kita kembali kepada asal kejadian kita yang tunduk dan patuh kepada Allah swt dan menjadi orang yang bertaqwa.
30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
سوره الرم:30
Sabda Rasulullah saw
كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
“Setiap bayi dilahirkan secara fitrah, maka kedua ibubapanya yang bertanggungjawab menjadikannya yahudi, nasara atau majusi“
Fitrah kita adalah fitrah yang mengakui adanya Allah. Fitrah kita adalah fitrah yang mengesakan Allah iaitu mentauhidkan Allah. Fitrah kita adalah fitrah yang suka kepada kebenaran dan benci kepada kezaliman dan kekufuran. Fitrah kita ialah fitrah yang suka menyeru kapada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Maka amalan puasa ramadhan dapat mengembalikan fitrah kita kepada yang asal tunduk dan patuh kepada Allah swt.
Puasa Melahirkan Insan Bertaqwa
Puasa ramadhan dapat melahirkan manusia yang bertaqwa seperti mana yang dinyatakan oleh Al-Quran:
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
البقراه):183)
Ramadhan melatih kita daripada berlebih-lebihan dalam segala hal kecuali dalam hal-hal kebaikan dan kebajikan seperti solat sunat, sedekah dan zikir. Ramadhan juga melatih kita berteraksi dengan al-quran melalui solat terawih, tilawah dan tadarus. Berbahagialah orang-orang yang telah melalui semua ini seperti mana yang disebut oleh Rasulullah saw:
Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda:
من صام رمضان أيمانا واحتساباغفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ا تقدم من ذنبه
“Barang siapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah akan mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barang siapa yang bersolat pada malam lailatul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
(sahih muslim:40)
Sifat-Sifat Taqwa
Hasil daripada ramadhan yang lalu kita pada hari ini sepatutnya memliliki sifat-sifat taqwa.
1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(al Baqarah: 1- 4)
177. bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Baqarah: 177)
133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;
135. dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Al Imran: 133- 135)
Ganjaran Orang Bertaqwa
76. bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa Yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Imran: 76)
34. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
(al Qalam: 34)
31. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini.
32. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
33. dan perawan-perawan Yang sebaya umurnya;
34. serta piala atau gelas Yang penuh Dengan minuman;
35. mereka tidak mendengar di Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia, dan tiada pula perkataan Yang dusta;
36. sebagai balasan dari Tuhanmu, Iaitu satu limpah kurnia Yang dikira cukup (menurut Yang dijanjikanNya),
Hari ini kita menghadapi pelbagai kesukaran dan kesusahan dalam kehidupan. Kesusahan disudut ekonomi, sosial dan politik. Kesukaran dan kesusahan ini merupakan ujian dari Allah SWT.
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: „Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.“
(Al Baqarah:155-156)
Pada hari raya ini mari kita berazam menjaga kekuatan iman dan taqwa dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Marilah kita meneruskan usaha kita untuk melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya dalam kerja buat kita sehari-hari. Marilah kita menjadi manusia yang betaqwa sepanjang masa.
Peranan Kita
Penyelesaian kepada kemelut dan kesukaran kita ini adalah dengan kita kembali kepada ajaran Islam. Kita hendaklah kembali kepada ajaran AL-Quran yang diajar oleh Allah melalui Rasulullah Muhammad saw.
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
Mula bicara IPG 2018
6 years ago
No comments:
Post a Comment