Monday, May 18, 2009

Amal: Amal mana yang lebih Utama?

Semasa mengendalikan satu mesyuarat saya mulakan dengan membaca beberapa potong ayat Al Quran daripada surah Al Baqarah iaitu ayat 1 hingga ayat 10. Seperti berikut:
"1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.
8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."


Terdapat 3 golongan yang diceritakan dalam ayat tersebut iaitu golongan yang beriman dan bertaqwa, golongan yang kafir dan golongan munafiq. Jadi dalam kehidupan manusia hari ini ada tiga golongan ini. Saya tertarik dengan 10 ayat ini. Ia menjelaskan tentang sifat manusia tanpa menjelaskan rupa bentuk manusia itu. Sama ada manusia itu hitam atau putih, tinggal diselatan atau utara.

Golongan yang berjaya ialah golongan yang beriman dan merekalah orang yang berjaya. Mereka mengikut petunjuk iaitu Al Quran. Mereka bekerja (beramal), mencari golongan yang hendak diberi bantuan agar mereka dapat melakukan infak dijalan Allah. Saya agak mungkin kita boleh menyatakan bahawa mereka ini ialah mereka yang ingin melakukan pengislahan, mereka yang melakukan dakwah, mengajak manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah. Seterusnya bila ada amalan atau aktiviti ini akan ada golongan yang engkar iaitu orang kafir dan akan ada golongan yang berpura-pura iaitu golongan munafik.

Daripada kefahaman itu saya mendapati kita sentiasa kerugian kerana tidak bertindak mengikut kefahaman yang kita ada. Kita sepatutnya menjadi orang yang mengislahkan bukan penonton kepada gelagat manusia. Kita sepatut bekerja untuk membina manusia dan membela manusia daripada runtuh ke dalam kesesatan bukan bersama mereka mengejar dunia yang tidak ada harganya disisi Allah SWT. Itulah peringatan saya kepada diri saya sendiri yang dikongsi dengan rakan-rakan dalam mesyuarat tersebut.

Saturday, May 16, 2009

New Event

Dari 6 hingga 8 Mei saya beada di KL menghadiri Mesyuarat penyelarasan pengkalan data IPGM. Saya pulang pada petang 8 May 2009. Setelah sampai dirumah, seperti biasa saya akan duduk berehat sebelum mengurus diri untuk menghadapi waktu maghrib dan seterusnya melakukan aktiviti atau amal rutin .. solat, tadarus dan seterusnya.

Pada malam tersebut saya solat dirumah, tidak sempat ke masjid. Sebelum soalt isya, isteri saya menghebahkan ada seekor katak kaki panjang memasuki bilik air kami. Saya tidak mengendahkannya. Seterusnya saya menyelesaikan solat isya dan bergegas turun ke rumah jiran. Pada petangnya jiran saya menjemput saya kerumahnya untuk solat hajat. Anaknya dapat memasuki program matrikulasi dan dia akan menghatarnya pada hari Ahad.

Semasa hendak keluar dari rumah, anak saya memberitahu bahawa ada seekor katak kaki panjang di atas pintu utama diluar. Saya keluar dan melihatnya. Ia agak gelap sedikit berbanding dengan yang ada dibilik air kami. Saya tidak menghiraukanya dan bersiap untuk ke rumah jiran.

Selepas balik dari rumah jiran katak kaki panjang sudah tidak kelihatan di dinding atas pintu utama rumah. Saya terus masuk kerumah. Saya ke bilik air kerana ingin melihat keadaan katak kaki panjang. Pada mulanya saya meminta Ahmad untuk mengendalikan iaitu menghalau ia keluar atau menangkapnya. Ahmad tidak berjaya.

Setelah mendapati Ahmad gagal, saya pun mengambil beberapa langkah menghalau sikatak itu keluar dan akhirnya is berada dalam tub, saya pun mencurah air dari baldi kedalam tub dan sikatak tidak dapat melompat. Saya pun merungkup raga ke atasnya. Sikatak berada dibawah raga tersebut. Saya meminta AHmad mengambil bekas plastik dan saya memasukkan raga dan sikatak kedalam bag plastik tersebut dan seterusnya membawanya keluar rumah.

Oleh kerana sikatak tersebut bukan jenis binatang yang harus dibunuh maka sayapun melepaskannya diluar rumah.

Pada malam itu seperti biasa saya, keluar untuk beriadhah dan pulang pada jam 12 malam.

Setelah melayan diri saya pun masuk tidur pada jam 1 pagi. Beberapa orang anak saya belum tidur lagi pada ketika itu.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya terdengar TSD menjerit, saya terus bangkit dan keluar dari bilik. TSD masih menjerit menyatakan ada pencuri masuk rumah, saya gementar dan geram ... terus mengambil tongkat dan keluar rumah mencari pencuri tersebut. Fikiran buntut ... periksa rumah pintu depan terbuka, laci almari depan terbuka pintu tepi didapur terbuka. Saya terdengar bunyi motor ... dapatkan kunci kereta, hidupkan kereta dan terus ikut jalan ke parit kubu. Pemain ... di kedai di Parit Kubu masih disitu. Saya kembali kerumah. Semasa dalam ke Parit Kubu sempat menalipon Pak Su Mat ... memaklumkan kejadian. Abe Mat Pak Nik datang ... membuat pemeriksaan disekeliling rumah. Kami dapati tingkap belakang terbuka kerana telah diumpil... Kami kehilangan notebook ummi, dan handbag TSD yang mempunyai dokumen peribadinya. Kejadian ini dilaporkan kepihak polis pada pada pagi 9 May 2009 di Balai Polis KB.

Dan hari ini, saya masih mengingati peristiwa tersebut ... Innalillahiwainnailahjirajiun ... Lahaulawalakuwataillahbillahilazim.