Monday, May 18, 2009

Amal: Amal mana yang lebih Utama?

Semasa mengendalikan satu mesyuarat saya mulakan dengan membaca beberapa potong ayat Al Quran daripada surah Al Baqarah iaitu ayat 1 hingga ayat 10. Seperti berikut:
"1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.
8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."


Terdapat 3 golongan yang diceritakan dalam ayat tersebut iaitu golongan yang beriman dan bertaqwa, golongan yang kafir dan golongan munafiq. Jadi dalam kehidupan manusia hari ini ada tiga golongan ini. Saya tertarik dengan 10 ayat ini. Ia menjelaskan tentang sifat manusia tanpa menjelaskan rupa bentuk manusia itu. Sama ada manusia itu hitam atau putih, tinggal diselatan atau utara.

Golongan yang berjaya ialah golongan yang beriman dan merekalah orang yang berjaya. Mereka mengikut petunjuk iaitu Al Quran. Mereka bekerja (beramal), mencari golongan yang hendak diberi bantuan agar mereka dapat melakukan infak dijalan Allah. Saya agak mungkin kita boleh menyatakan bahawa mereka ini ialah mereka yang ingin melakukan pengislahan, mereka yang melakukan dakwah, mengajak manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah. Seterusnya bila ada amalan atau aktiviti ini akan ada golongan yang engkar iaitu orang kafir dan akan ada golongan yang berpura-pura iaitu golongan munafik.

Daripada kefahaman itu saya mendapati kita sentiasa kerugian kerana tidak bertindak mengikut kefahaman yang kita ada. Kita sepatutnya menjadi orang yang mengislahkan bukan penonton kepada gelagat manusia. Kita sepatut bekerja untuk membina manusia dan membela manusia daripada runtuh ke dalam kesesatan bukan bersama mereka mengejar dunia yang tidak ada harganya disisi Allah SWT. Itulah peringatan saya kepada diri saya sendiri yang dikongsi dengan rakan-rakan dalam mesyuarat tersebut.

Saturday, May 16, 2009

New Event

Dari 6 hingga 8 Mei saya beada di KL menghadiri Mesyuarat penyelarasan pengkalan data IPGM. Saya pulang pada petang 8 May 2009. Setelah sampai dirumah, seperti biasa saya akan duduk berehat sebelum mengurus diri untuk menghadapi waktu maghrib dan seterusnya melakukan aktiviti atau amal rutin .. solat, tadarus dan seterusnya.

Pada malam tersebut saya solat dirumah, tidak sempat ke masjid. Sebelum soalt isya, isteri saya menghebahkan ada seekor katak kaki panjang memasuki bilik air kami. Saya tidak mengendahkannya. Seterusnya saya menyelesaikan solat isya dan bergegas turun ke rumah jiran. Pada petangnya jiran saya menjemput saya kerumahnya untuk solat hajat. Anaknya dapat memasuki program matrikulasi dan dia akan menghatarnya pada hari Ahad.

Semasa hendak keluar dari rumah, anak saya memberitahu bahawa ada seekor katak kaki panjang di atas pintu utama diluar. Saya keluar dan melihatnya. Ia agak gelap sedikit berbanding dengan yang ada dibilik air kami. Saya tidak menghiraukanya dan bersiap untuk ke rumah jiran.

Selepas balik dari rumah jiran katak kaki panjang sudah tidak kelihatan di dinding atas pintu utama rumah. Saya terus masuk kerumah. Saya ke bilik air kerana ingin melihat keadaan katak kaki panjang. Pada mulanya saya meminta Ahmad untuk mengendalikan iaitu menghalau ia keluar atau menangkapnya. Ahmad tidak berjaya.

Setelah mendapati Ahmad gagal, saya pun mengambil beberapa langkah menghalau sikatak itu keluar dan akhirnya is berada dalam tub, saya pun mencurah air dari baldi kedalam tub dan sikatak tidak dapat melompat. Saya pun merungkup raga ke atasnya. Sikatak berada dibawah raga tersebut. Saya meminta AHmad mengambil bekas plastik dan saya memasukkan raga dan sikatak kedalam bag plastik tersebut dan seterusnya membawanya keluar rumah.

Oleh kerana sikatak tersebut bukan jenis binatang yang harus dibunuh maka sayapun melepaskannya diluar rumah.

Pada malam itu seperti biasa saya, keluar untuk beriadhah dan pulang pada jam 12 malam.

Setelah melayan diri saya pun masuk tidur pada jam 1 pagi. Beberapa orang anak saya belum tidur lagi pada ketika itu.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya terdengar TSD menjerit, saya terus bangkit dan keluar dari bilik. TSD masih menjerit menyatakan ada pencuri masuk rumah, saya gementar dan geram ... terus mengambil tongkat dan keluar rumah mencari pencuri tersebut. Fikiran buntut ... periksa rumah pintu depan terbuka, laci almari depan terbuka pintu tepi didapur terbuka. Saya terdengar bunyi motor ... dapatkan kunci kereta, hidupkan kereta dan terus ikut jalan ke parit kubu. Pemain ... di kedai di Parit Kubu masih disitu. Saya kembali kerumah. Semasa dalam ke Parit Kubu sempat menalipon Pak Su Mat ... memaklumkan kejadian. Abe Mat Pak Nik datang ... membuat pemeriksaan disekeliling rumah. Kami dapati tingkap belakang terbuka kerana telah diumpil... Kami kehilangan notebook ummi, dan handbag TSD yang mempunyai dokumen peribadinya. Kejadian ini dilaporkan kepihak polis pada pada pagi 9 May 2009 di Balai Polis KB.

Dan hari ini, saya masih mengingati peristiwa tersebut ... Innalillahiwainnailahjirajiun ... Lahaulawalakuwataillahbillahilazim.

Friday, April 17, 2009

CORETAN AYAH - catatan lama yang tak pernah diterbitkan

Jam menunjukkan hampir 12 tengahmalam. Ayah masih berada di mejanya. Anak-anak ayah bergelimpangan memenuhi ruang tamu rumah. Entah dimana mereka berada sekarang. Masing-masing mungkin dengan alamnya sendiri. Ummi pula sedang mengurus pakaian untuk abang Cik . Ini adalah kebiasaannya.

Setelah beberapa ketika menatap komputer notebooknya ayah meletak kepala dibantal yang diambilnya dari bilik. Beralaskan sarongnya ayah membaringkan tubuhnya. Seluar trek yang dipakainya untuk sesi badminton tadi tidak ditukar seperti kebiasaannya selepas bermain badminton.

Dalam keletihan dan kelesuan badannya, ayah teringat akan beberapa aktiviti yang akan berlaku besok hari bermula dengan Solat Hajat Perdana, Riadah Jamaie dan Sesi dengan isteri ikhwah yang dizalimi oleh pemerintah di Wisma PAP. Ayah terus berbicara dengan hatinya …”apakah aku mampu untuk bersama di Padang Perdana?” Persoalan ini berligar di kepala ayah. Ayah agak sedih beberapa hari ini. Sedih dengan keadaan dirinya yang tidak produktif untuk Islam. Sedih dengan amal fardinya yang tidak konsisten. Sedih dengan solat subuhnya yang terumbang-ambing. …. Dalam kesedihan memikirkan keadaan dirinya … ia teringat semasa awal dewasanya … betapa indahnya berada bersama ikhwah … sheikh akan sentiasa mengingatkan tugas dan tanggungjawab daawah …. Amal fardi perlu dijaga … subuh sentiasa diingatkan supaya sentiasa berjemaah … ia akan menalipon agar ke Masjid. Oh betapa indahnya … dan tenangnya hati dapat melaksanakan amal tersebut.

Tapi sekarang keluarga sudah besar … ikhwah yang mengingati sudah tidak bersama di sisi. … Hanya diri Ayah sendiri yang menentukan nya …….

Hari in I ….. Sekecil berada disisiku , bermain dengan plug bagi notebook acer . “Jangan!” terdengar suara ummi melarang. Ayah terus menyambung dengan nada yang sama. Sekecil kemudian berlari keruang tamu mengejar guli-guli kecil.
Suasana di penuhi dengan suara anak-anak. Sufiah membaca bahasa arab kepada umminya.


Jun 2001

Sunday, January 25, 2009

My New Year Story

Assalamualaikum, All readers

Alhamdulillah ALLAH Maha Kuasa dan Maha Kaya, Maha Penyanyang, Maha Pemurah. I've been tested with small lost of material on the fourth of January 2009. Before that, my eighth son was warded at USM university hospital on 1st of Jan. He was suspected to have either typhoid or dengue. Both were negative and finally after he was x-rayed, doctor confirmed that "paru-parunya berair" I can't remembered the medical term for it. He was warded for 7 days. He missed his first week of school. While Junaidi was warded, on the 4th of Jan, someone broke into our house through a sliding door. He/they took my invaluable notebook (computer), my daughter RM100, my digital camera that was bought in Medina when i went for Haj in 2006 and our family car, Kelisa. The Car was found after one day and was in police custody until it was return to me by the district magistrate on sunday 18 Jan. The most invaluable lost is the data in the notebook. May Allah replace it with a better one.

It is from Allah, I have no complaint about it. Everything belong to Him. He is the Lord, the One we must submit and pray to.

Tuesday, October 14, 2008

Puasa

A few more pantun that pops up my mind

Sebelum dihidang makanan dirasa,
Dimasak oleh chef Hawa,
Indah sungguh hidup berpuasa,
Menjadi kita orang bertaqwa.

Basikal tua,
Aku gembira,
Orang bertaqwa,
mendapat syurga.

Friday, October 10, 2008

Ucapan di MPN JIM Kelantan

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته


37. .... adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38. serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39. maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(surah an Naziat)

Semasa ramdhan yang lalu kita menjadi seorang manusia yang menginsafi kelemahan diri. Kita menjaga diri kita sebegitu rupa agar kita dapat melaksanakan ketaatan berpuasa dengan seoptimum mungkin. Bangun diwaktu sahur untuk bersahur, teliti dengan masa sewaktu matahari jatuh bersedia untuk berbuka. Itulah bibit-bibit taqwa yang datang secara spontan kerana ibadah puasa. Itulah rahmat Allah kepada kta. Kita mula melalui kehidupan dibulan puasa dengan amalan-amalan ketaqwaan. Berbahgialah orang-orang yang memperolehi kemanisan ibadah puasa dan keampunan Allah SWT. Semoga kita tergolong kedalam golongan tersebut.

Semasa ramadhan, Kita juga menjadi sohibul Qur’an dengan tilawah dan tadabbur siang dan malam. Sepatutnya kita tetap menjadi sohibul Quran walaupun 1 syawal sudah berlalu. Kita semestinya menjadi sohibul Quran kerana kita adalah pendokongnya dan pejuangnya. Kita adalah sohibul Quran kerana kita adalah penyeru kepada Al-Quran.

Saya teringat kepada kisah Nabi Ibrahim as. Allah SWT dalam surah al anbiya',


57. "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
58. lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka Yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadaNya.
59. (setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah Yang melakukan perbuatan Yang demikian terhadap tuhan-tuhan Kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang zalim".
60. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
61. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah Dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
62. (setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah Yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
63. ia menjawab: "(Tidak) bahkan Yang melakukannya ialah (berhala) Yang besar di antara mereka ini! maka Bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
64. maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang Yang zalim".
65. kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya Engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa Engkau menyuruh Kami bertanya kepadanya)?"
66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah Yang lain dari Allah sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa Yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"


Itulah kisah Nabi Ibraim dengan dakwahnya yang juga menjadi dakwah kita. Marilah kita jadikan JIM ini sebagai satu organisasi yang mendokong Al Quran dan mengajak kepada Al-Quran sepenuhnya.

Akhir sekali saya mengucapkan Jazakallahukhairan kepada YDP yang membantu memaklumkan tentang MPN ini dengan mesejnya yang tak mampu su lakukan. Jazakumullahukhairan kepada semua pihak yang menjayakan MPN kali ini. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita pada hari sebahgian dari amal-amal soleh kita diakhirat kelak.

Wassalam

Tuesday, October 7, 2008

Pantun Hari Raya

This pantun was from someone who lived in Kepala Batas

Anuar melobi mencari krusi;
Pak Lah pning berkerut dahi;
Kini Syawal mnjelma lagi;
Mnghulurkn ucpn salam aidilfitri.


Ini pula jawapan saya kepadanya

Ku Li, Najib dan juga Tun,
Sedang sibuk berkira-kira,
Indah sungguh pantun disusun,
Hati gusar jadi gembira.