Monday, May 18, 2009

Amal: Amal mana yang lebih Utama?

Semasa mengendalikan satu mesyuarat saya mulakan dengan membaca beberapa potong ayat Al Quran daripada surah Al Baqarah iaitu ayat 1 hingga ayat 10. Seperti berikut:
"1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.
8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."


Terdapat 3 golongan yang diceritakan dalam ayat tersebut iaitu golongan yang beriman dan bertaqwa, golongan yang kafir dan golongan munafiq. Jadi dalam kehidupan manusia hari ini ada tiga golongan ini. Saya tertarik dengan 10 ayat ini. Ia menjelaskan tentang sifat manusia tanpa menjelaskan rupa bentuk manusia itu. Sama ada manusia itu hitam atau putih, tinggal diselatan atau utara.

Golongan yang berjaya ialah golongan yang beriman dan merekalah orang yang berjaya. Mereka mengikut petunjuk iaitu Al Quran. Mereka bekerja (beramal), mencari golongan yang hendak diberi bantuan agar mereka dapat melakukan infak dijalan Allah. Saya agak mungkin kita boleh menyatakan bahawa mereka ini ialah mereka yang ingin melakukan pengislahan, mereka yang melakukan dakwah, mengajak manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah. Seterusnya bila ada amalan atau aktiviti ini akan ada golongan yang engkar iaitu orang kafir dan akan ada golongan yang berpura-pura iaitu golongan munafik.

Daripada kefahaman itu saya mendapati kita sentiasa kerugian kerana tidak bertindak mengikut kefahaman yang kita ada. Kita sepatutnya menjadi orang yang mengislahkan bukan penonton kepada gelagat manusia. Kita sepatut bekerja untuk membina manusia dan membela manusia daripada runtuh ke dalam kesesatan bukan bersama mereka mengejar dunia yang tidak ada harganya disisi Allah SWT. Itulah peringatan saya kepada diri saya sendiri yang dikongsi dengan rakan-rakan dalam mesyuarat tersebut.

No comments: