Tuesday, July 5, 2016

Mytazkirah ... last day Day30

Day30:Mytazkirah

Mytazkirah will end when the sunset for the day … today. Mytazkirah adalah lintasan-lintasan peringatan untuk diri pencatat … as proses of thinking aloud through … patukan patukan keyboard … berkongsi dengan saudara atas asas mengamalkan pesanan Rasulullah SAW  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً  “sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”  (Bukhari).

Kemaafan dipohon jika patukan catatan menguris … mencuit dhamir dhamir saudara yang tenang. Kebaikan dan kebenaran adalah dari Allah “الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ”. Semoga kita semua sudah sampai kepuncak taqwa dengan berakhirnya ramadhan yang penuh barakah ini. Ramadhan yang menyejukkan jiwa, membasahi bibir bibir mata, mengekang keinginan keinginan yang rakus serta memberi kebaikan kepada manusia. Ya Allah buka hati-hati kami dan hati hati manusia. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ “Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen.” Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas deen-Mu”. … Saya akhiri dengan lafas

 تقبل الله منا ومنكم (Taqabalallah minna wa minkum)
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.
كل عام و انتم بخير  (Kul am wa antum bikhair)
Semoga kebaikan meliputi anda sepanjang tahun

Catatan saya ini boleh direview di http://onezul.blogspot.my/

Monday, July 4, 2016

Mytazkirah Day1 - Day29

Ini adalah catatan thinking aloud berkenaan ramadhan 1437 yang aku kongsi melalui wassup dan telegram.

Day1:Mytazkirah
 ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183) Puasa adalah rukun islam yang ketiga. puasa melatih kita bertaqwa. Mengapa taqwa penting? Orang bertaqwa adalah orang yang ... "God Concious" ... menyedari dan merasai Allah memerhati mereka. Dengan kehadiran sifat ini akan membantu individu beriman mendapat redha Allah dan dimuliakan Allah. Mereka akan menjauhkan diri dari larangan Allah dan mendekatkan diri dengan perintah Allah serta anjuran-anjuran kebajikan. Sifat ini yang ingin dibina dalam diri setiap indvidu beriman melalui puasa. Adakah kita berusaha ke arah itu melalui puasa ini? Marilah kita memulakan dengan menjauhi pemikiran-pemikiran yang kotor, kata kata yang kotor dan merosakkan komunikasi, pandangan pandangan yang menjejaskan hati, pendengaran pendengaran yang melaghakan, perbuatan-perbuatan jari yang tidak mengenal batas halal dan haram. Marilah kita penuhi masa kita dengan membaca al quran dan mempelajari arahan arahanNya. marilah kita membangun kehidupan kita berasaskan taqwa dengan mengikuti Al Quran menuju kemodenan yang menjangkau kemodenan hari ini. Coretan ini adalah usaha untuk mengingati diri sendiri pada hari pertama puasa ini. Ya Allah berikanlah kebaikan pada kami.

Day 2: MyTazkirah
Saudaraku yang dihormati. Seruan berpuasa adalah untuk kebaikan manusia khususnya untuk kebaikan orang beriman. Orang beriman mereka beriman kepada Allah. Oleh kerana mereka beriman mereka diwajibkan berpuasa. Itu lah yang tertulis surat dalam ayat 183 surah al Baqarah. Dengan berpuasa diharap orang-orang yang beriman mendapat atau mencapai tahap taqwa. Kita juga berharap dapat mencapai tahap itu. Pelbagai cara Allah menyeru kita supaya bertaqwa. Allah memerintahkan kita untuk bertaqwa dan mencari jalan untuk kita bertaqwa. Maka dibulan yang penuh barakah ini marilah kita berusaha menjadi manusia bertaqwa disisi Allah. Apakah taqwa? (bersambung pada Day3 …)

 Day3:
Mytazkirah Pada setiap hari Jumaat khatib di masijid menyeru sidang jumaat untuk bertaqwa kepada Allah. Apakah taqwa? Kita biasa dengar taqwa dengan makna takutkan Allah, “piety” atau “God fearing”. Lebih baik kalau kita katakan berhati-hati, waspada terhadap perkara yang dilarang Allah dan bersungguh melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah sepanjang kehidupan ini. Ia dalah ibarat seseorang berjalan di jalan yang penuh duri. Marilah kita melatih diri untuk bertaqwa di bulan yang barakah ini. … jumpa lagi di Day4 …

Day4:Mytazkirah
Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Mereka ialah orang yang bertaqwa. إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” (QS. Al Hujurat: 13). Untuk menjadi mulia kita perlu bertaqwa. Kita perlu beramal atau bekerja dengan amal atau kerja taqwa amal yang menggambarkan ketelitian kita dalam mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. … to be continued on day 5

Day5: Mytazkirah
Matlamat Puasa adalah untuk mendapatkan taqwa … “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ..” agar kamu bertaqwa. Sebelum bertaqwa manusia mesti beriman terlebih dahulu. Orang yang bertaqwa dinamakan atau digelar “Muttaqi” atau “muttaqin”. Orang-orang muttaqiin akan berada dalam syurga yang diperkenankan apa yang diingini. Mereka akan hidup dalam keadaan berhibur berada dalam taman-taman bunga dan dikelilingi kebun-kebun buah buahan. Mereka akan dilayani oleh gadis-gadis yang sebaya sambil minum dengan minumam yang tidak putus putus. Mereka tidak bercakap dan tidak mendengan perkara yang sia sia dan perkara yang dusta. (rujuk surah an naba’ ayat 31-35). Itulah gambaran hadiah kepada orang-orang yang bertaqwa diakhirat kelak. Marilah kita berpuasa agar mencapai darjat taqwa. … next Day6 …

Day6: Mytazkirah
1/6 dari tempoh puasa telah kita lalui. Adakah daya taqwa kita meningkat? Puasa adalah jalan mencapai taqwa. Dengan perantaraan puasa diharap kita mencapai tingkat taqwa. Ketika puasa kita meninggalkan makan, minum dan jima’ dengan isteri. Kita berwaspada dari perkara-perkara tersebut. Kita juga waspada terhadap percakapan yang lagha, pandangan yang merosakkan, pendengaran tentang umpatan dan patukan-patukan jari jemari menghantar mesej yang dilarang syariat Isam. Kita melatih diri mengawal perkara yang disukai nafsu dan syahwat juga perkara yang menjadi punca nafsu dan syahwat iaitu makan, minum dan jima’. Puasa yang benar dapat mengalah nafsu dan syahwat. Marilah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa. …. Jumpa Day7 …

Day7: Mytazkirah
Di manakah letaknya taqwa? Rasulullah SAW melarang kita dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, musuh memusuhi dan menjual beli atas jual beli orang lain. Selepas melarang perkara tersebut Rasulullah menegaskan التَّقْوَى ههُنَا (taqwa adalah disini) sambil menunjukkan pada dadanya sebanyak 3 kali. (hadith no 35 imam Nawawi) Sifat-sifat yang buruk itu berpunca di hati. Jauhilah ia. Berpuasalah daripada sifat-sifat itu hingga kita menguasainya dan hendaklah kita berpuasa dalam arti kata menghiasai dengan sifat sifat yang positif. Marilah kita hiasi jiwa kita dan hati kita dengan taqwa kerana taqwa akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji. Taqwa akan membuka rezeki kita (ayat seribu dinar). Taqwa akan memudahkan perjuangan. Marilah kita biarkan ramadhan melatih kita menjadi manusia bertaqwa. Jumpa pada Day8 … 

Day8:Mytazkirah
Kita tidak akan mencapai darjah taqwa tanpa cahaya petujuk Allah, tanpa ilmu Al Quran dan sunnah Nabi sallallahu’alaihi Wassala. Sehinggalah kriteria ini dipenuhi tak mungkin kita memiliki sifat taqwa. Berpuasa kita melatih diri kita bertaqwa dengan • Meninggal perkara yang diharamkan Allah kerana mendekatkan diri pada Allah • Mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang disukai nafsu kerana menyedari pengawasan Allah, • Memperbanyak ketaatan kepada Allah kerana ingin medapat redha Allah. … continue on Day9 …

Day9: Mytazkirah
… Puasa …secara fizikal … letih … sebab lapar - tak makan selama lebih kurang 12 jam. Bila letih dan lapar sifat manusia berbeza … menjadi cepat marah, malas … dan sebagainya. Sifat ini yang nak dididik, di tarbiah … dilatih oleh puasa agar boleh membina hati yang tidak cepat marah, tenang, berhemah, rajin, berusaha melakukan kerja dan amal seupaya yang mungkin. Melalui puasa ini Allah nak kita membina jiwa kita menjadi halus melalui arahan-arahan Nya. Bila jiwa bersih, lembut dan halus ia mudah menerima ajaran Allah dan ajaran Rasul. Jiwa mudah dan ingin membaca Quran kerana dalam Al Quran dan sunnah Rasul terdapat panduan dan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Continue on Day10 …

Day10:Mytazkirah
Apakah mu’jizat Nabi Muhammad SAW yang masih ada hingga hari ini? ….. Ya AL QURAN. Tapi kita tidak merasakan ia sebagai satu mu’jizat. Kita tidak merasa bangga dengan Al Quran sebagaimana kita bangga apabila kita memiliki sebuah kereta mewah,rumah mewah, tanah yang banyak atau memiliki sijil-sijil yang hebat, atau ijazah kedoktoran dengan gelaran professor. Kita menyepikan Al Quran. Kita tidak bacapun al quran atau kita tidak baca al quran seperti kita baca wassup atau telegram atau facebook. Kalau kita baca pun kita tidak memahaminya … kita tidak mengambil pelajaran daripadanya … kita baca untuk dapat berkat sahaja dan kelebihan-kelebihan sampingan yang dijanjikan Allah. Marilah kita baca Al Quran di bulan Ramadan ini … untuk menjadi insan bertaqwa…. To be Continued on Day11…

Day11:Mytazkirah
AL Quran diturun pada bulan Ramadan. Al Quran bukan peta jalan raya .. juga bukan google map. Al Quran adalah petunjuk dan panduan bagi orang-orang BERTQAWA. Allah royat kita di awal surah Al Baqarah lagi bahawa Al Quran adalah petunjuk kepada orang arang bertaqwa atau orang yang hendak bertaqwa. Allah juga royat bahawa orang –orang bertaqwa ialah orang orang yang beriman kepada perkara perkara yang ghaib, yang mendirikan sembahyang, yang menderma/membuat kebajikan dengan rezeki yang diberikan, yang beriman dengan Al Quran dan kitab kitab yang diturun sebelum Al Quran, dan yakin dengan hari kiamat/akhirat. Orang bertaqwa ini mendapat petunjuk dari Allah dan merekalah orang-orang yang Berjaya. Dibulan Ramadan ini marilah kita baca dan studi Al Quran untuk mengikuti panduannya … mudah-mudahan kita tergolong dikalangan ahli taqwa. … continue on Day12.

 Day12:Mytazkirah
Guano puasa kita hari ini? Adakah kita semakin letih? Lagu mano pulok dengan amalan kita, … semakin letih jugok ke? Walau lagu mano pun ukuran keberhasilan puasa kita ialah dengan semakin letihnya fizikal kita, amalan kita semakin baik … solat kita, tilawah quran kita, sedekah kita, kebajikan kita, zikir kita, ketukan-ketukan jejari kita, mata kita, telinga kita dan seluruh anggota badan kita … semuanya berpuasa iatu di tala … arahkan serta dibiasakan kepada mealaksanakan kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah. Rasulullah SAW bersabda, “ … أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ “ Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Puasa melatih hati kita menjadi hati yang bertaqwa pada Allah. Hati yang bertaqwa kepada Allah akan membawa kepada kebaikan fizikal kita. Jom … tingkatkan kekuatan amal kita walaupun fizikal kita letih. … continue on Day13… 

Day13:Mytazkirah
Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita. Puasa melatih kita melawan nafsu. Puasa melatih kita memiliki nafsu mutmainnah. النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. Pemilik nafsu ini mendapat reda Allah. Nafsu mutmainnah akan membuat pemiliknya jadi tenang bila melakukan ketaatan. Orang yang memliki nafsu ini akan dapat mengawal nafsu syahawatnya dengan baik dan sentiasa cenderung kepada kebaikan. Pemilik nafsu mutmainah akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah. Mereka tidak keluh kesah dan gelisah. Setiap sesuatu dihadapi dengan tenang. Selepas lebih dari sepuluh hari puasa, adakah kita telah membimbing nafsu kita menjadi nafsu mutmainnah? Jom kita berusaha mengasuh nafsu kita agar termasuk dalam golongan orang yang memiliki nafsu mutmainnah. “Hai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30) ... next Day14 …

Day14:Mytazkirah
Oghe putih kata “tough day today” … untuk istiqamah dengan peringatan pada diri sendiri. Ia perlukan kesabaran yang tinggi. Siri ini patut posted sebelum maghrib setiap hari … well … hari ini … Puasa melatih kita kesabaran. Sabar adalah menahan. Menahan menahan diri dari makan dan minum pada waktu siang dan perkara-perkara yang merosakkan puasa. Sabar melatih kita menahan kemarahan, mengumpat dan bercakap yang sia sia. Sabar menahan anggota badan dari perbuatan atau amal amal maksiat dan digantikan dengan amal amal kebaikan dan kebajikan. Sabar melatih kita membaca al quran setiap hari, melakukan solat berjemaah setiap waktu. Kesabaran ini akan membawa kita kepada sifat taqwa yang diharapkan oleh Allah kepada kita dengan berpuasa. Adakah kita sabar dalam pengertian ini? Adakah puasa kita selama 14 hari telah melatih kita menjadi sabar? وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ “Kesabaran itu adalah cahaya.” (HR. Muslim) Marilah kita puasa untuk menjadi seorang yang sabar yang dikehendaki oleh Allah. … jumpa di Day15 …

Day15:Mytazkirah
Untuk berpuasa kita disunatkan bersahur. Bila sebut sahur السحور kita akan ingat makan sahur. Apa dia sahur? Mengapa sahur penting? Sahur ialah ialah suatu masa yang bermula dari awal pagi sehingga masuk waktu subuh. Ada yang mengira waktu sahur sebagai 1/6 akhir malam. Kalau waktu maghrib 7.30 mlm dan subuh 5.30 malam maka tempohnya adalah 10 jam. 1/6 daripada 10 jam adalah 1 jam 40 minit sebelum subuh. Inilah waktu sahur. Untuk berpuasa kita disunatkan makan pada waktu ini kerana pada waktu sahur ada barakah (تسحروا فإن في السحور بركة) riwayat bukhari dan muslim). Allah mengajar kita bangun waktu sahur kerana waktu ini waktu yang sangat mustajab. Waktu sahur bukan waktu mengisi perut sekenyang-kenyangnya untuk makan tetapi ia adalah waktu yang paling baik untuk beristigfar … وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَار… (Al Imran:17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ...... (az zariat ayat 18) … Beristighfar pada waktu sahur adalah sifat orang bertaqwa. Marilah kita manafaatkan waktu sahur ini waktu yang sangat sukar untuk dijaga. Alangkah indahnya ramadhan, Allah melatih kita melakukan perkara yang disukaiNya. Marilah kita manafaatkan ramadhan ini untuk mendidik jiwa kita. …. Sambung pada Day16

Day16:Mytazkirah
Keletihan manusia terserlah dipertengahan ramadhan ini. Amal berjamaah di masjid sudah longgar … amal berjamaah di pasar raya dan kedai kedai yang makin galak… Apa tah lagi keghairahan untuk ke Masjid waktu subuh makin pudar. Kalau begini keadaan nya, kita kena semak diri kita. Apa yang menganggu puasa kita? Adakah kita tidak menjaga lisan kita atau percakapan atau teks-teks yang dipetik jari kita dengan perkara dusta … kecek pelawok? Allah tidak berkehendak kepada puasa sesesorang yang bercakap dusta. Adakah kita bercakap perkara yang melaghakan ?… iaitu bercakap yang sia sia dan tidak berfaedah … Adakah kita becakap dengan perkataan rofas? Kata kata keji yang menjurus kepada unsur unsur seksual… Adakah kita tidak menjaga pandangan mata dan pendengaran teliga kita? Adakah kita masih melakukan dosa dosa kecil? ... Marilah kita kita berusaha menjadi orang bertaqwa dengan meninggalkan perkara perkara itu. Kita mohon agar puasa kita bukan setakat lapar dah dahaga sahaja seperti mana yang disebut dalam hadis رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” … next Day17:Mytazkirah ….

Day17:Mytazkirah
Kita mengharapkan kita melalui ramadhan dengan sempurna. Kita berazam hendak puasa dengan sebaik baiknya. Itulah harapan kita … Bagaimana kita akan dapat melalui ramadhan ini dengan sempurna kalau kita tidak mengendali … membimbing nafsu kita sejajar dengan panduan dan pentunjuk Ilahi. Bagaimana kita akan dapat mengikut panduan dan petunjuk ilahi kalau kita tak pandai baca … kalau pandai baca kita tidak faham apa yang dibaca … inilah reality kita. Panduan dan cara menjalankan puasa dengan sempurna … puasa yang boleh mengubah jiwa kita menjadi jiwa yang hebat … jiwa yang bertaqwa ada ditangan kita. Cuma … ??? Allah menurunkan Al Quran pada bulan ramadhan pada bulan kita berpuasa agar dengan sifat taqwa kita membaca dan mengikut panduan panduan nya. Mengapa ? … sebabnya ialah Al Quran adalah petunjuk kepada seluruh manusia dengan panduan dan bimbingan yang jelas. Al Quran adalah satu rahmat kepada kita dan manusia. شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ “bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Marilah kita baca Al Quran dan memahaminya. Marilah kita ikut panduannya walaupun nafsu kita mencanggahinya. Mudah mudah kita termasuk dalam golongan orang yang berpuasa dan orang yang sabar. … continue on Day18:Mytazkirah …

Day18:Mytazkirah
Perasankah ? kita mintak pada Allah “tunjukkan kami jalan yang lurus “ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ sebanyak 17 kali sehari. Macam mana jalan yang lurus itu? Kat mana ada jalan yang lurus ituTahukah kita gambar dan rupa bentuk jalan yang lurus yang kita minta tu? … seterusnya Apakah tindakan kita? Dalam kehidupan harian, untuk memastikan tempat yang kita nak pergi tu betul, kita minta orang bawakan kita ke tempat itu. Penunjuk jalan tu mestilah orang yang kita yakin tahu dan boleh bawa kita ke tempat itu … atau kita menggunakan panduan dalam pelbagai bentuk untuk memandu kita ke sana. … so ada dua cara iaitu orang bawa kita atau kita ikut panduan yang orang itu bagi …. Untuk menjalani kehidupan yang sementara ini, … menuju kubur dan akhirat … kita perlukan panduan dan bimbingan. Ya! panduan itu ada ditangan kita iaitu Al Quran. Ia adalah هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ petunjuk bagi orang orang mutaqqin … orang orang bertaqwa. Panduan ini mesti kita kuasai seperti kita menguasai sifir darab atau kita menguasai urusan kerja kita… profesion kita. Kalau tidak sesatlah kita seperti kita sesat dalam perjalanan. Marilah kita sama sama merujuk dalam artikata memahami dan menguasai Al Quran ini untuk jadi panduan kehidupan kita. Al Quran ini diturunkan pada satu malam yang tersangat special … sangat istimewa iaitu malam lailatul qadar لَيْلَةِ الْقَدْرِ. Apakah malam lailatul qadar itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ …. To be continued on Day19 …

Day19:Mytazkirah
Kita biasa di tanya itu dan ini. Contohnya, Apakah bahasa mesin yang digunakan dalam semua gadget teknologi yang kita pakai? Jawapannya bergantung kepada sama ada kita tau atau tak tau. Kalu dok tengoh tengoh maknanya ilmu tidak lengkap kerana kecuaian atau ketidak kisahan kita. Kalau ditanya apakah malam lailatul qadar itu (لَيْلَةِ الْقَدْرِ) ? Malam lailatul Qadar tu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. ( لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ) Ia adalah malam diturunkan Al Quran. Ia adalah salah satu malam dari bulan ramadhan … bulan puasa. Pada malam lailatur qadar juga, malaikat malaikat dan Jibrail turun kerana membawa segala perkara … atau mengatur urusan. Malam lailatur qadar adalah malam yang penuh dengan kesejahteraan dan berkat. Malam lailatur qadar sentiasa diperingatkan kepada kita secara mutlak. Ia adalah sebaik baik malam. Ia adalah malam yang hebat. Malam yang Allah beri ganjaran yang hebat. Rugilah kita kalau kita tidak mencarinya. Pah tu lagu mana nak cari? Sefaham ambo cari malam lailatur qadar ini bukan seperti cari barang hilang … selak situ atau selak sini. Nabi ajar kita cara cari malam ini ialah dengan melakukan kebaikan-kebaikan pada malam malam pada bulan Ramadan khususnya pada sepuluh akhir Ramadan. Solat berjamaah di masjid, membaca al quran, belajar al quran dalam majlis majlis ilmu, berzikir, melakukan solat sunat terawih, solat malam, banyakkan berdoa dan beriktikaf di masjid pada sepuluh akhir ramadan. Kita harapkan agar amal amal kita ini bertepatan atau kena pada malam al qadar walaupun kita tidak nampak malamnya dengan mata kasar kita. Wallahualam. Marilah pakat hidupkan malam al Qadr yang hebat ini. Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk menghidupkan malam al qadr. … next … Day20: …

Day20:Mytazkirah
Hari ini dah hari kedua puluh kita berpuasa. Bila di renung … diperhati … sepanjang 19 hari yang lepas … ancaman keduniaan tidak berkurangan tapi semakin beterusan mencabar latihan puasa yang masih tinggal 10 atau 11 hari lagi termasuk hari ini. Bila direnung ayat Allah … yang mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini adalah permainan dan hiburan(senda gurau) semata-mata ( لَعِبٌ وَلَهْوٌ) serta perhiasan dan hidup bermegah megah antara kamu (وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ ) juga berlumba lumba memperbanyakkan harta dan anak pinak (وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ) … Suasana ini berada didepan mata kita. Kadang-kadang kita sendiri terlibat dan berada dalam kancah ini. Ia tidak pernah ada rasa syukur dan qana’ah (cukup dengan pemberian Allah) sehingga mengabaikan hakikat kehidupan kita yang sebenar. Ini lah situasi kita melaksanakan puasa ramadhan ini. Inilah keadaan yang mencabar keinginan kita mendapat sebanyak ganjaran Allah di malam lailatur qadar. Inilah yang menganggu kita berlumba-lumba mencari keampunan Allah yang ganjarannya kekal abadi. Sedangkan Allah mengesa kita (سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ ) “Berlumba-lumbalah mencari keampunan dari Rabb kamu”. Rasulullah mengajar kita meminta keampuan pada bulan ramdhan ini. Masa inilah masa keemasan yang datang setahun sekali untuk kita bersungguh sungguh mendapat kan keampunan Allah iaitu 10 hari daripada 365 hari … استغفراللهو … استغفرالله … استغفرالله … next … Day21:Mytazkirah … 

Day21:Mytazkirah
Istighfar adalah adalah lafaz yang mudah disebut .. mudah diingat … semua orang boleh sebut dan boleh ingat. Lafaz ini sentiasa kita baca selepas solat lima waktu. استغفرالله adalah lafaz memohon keampunan kepada Allah. Ia adalah perkara yang dianjurkan dan digalakkan oleh Islam. Al Quran dan hadis Rasuliullah SAW banyak menganjurkan istighfar. Lafaz yang pendek ini satu doa yang sangat “power”. Rasullulah SAW membacanya sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Beristighfar adalah cara untuk mendapat keampunanAllah, … dikabulkan permintaan dan permohonan, … diberi kekuatan, .. dijauhkan azab dan bala, ditambah rezeki, diberi kegembiraan dan pelbagai kelebihan yang ada pada istighfar. Pada bulan yang barakah ini kita digalakkan beristghfar … memohon keampuan kepada Allah. Mari lah kita ambil kesempatan yang ada dibulan ramadhan ini untuk beristighfar serta membaca doa yang diajar oleh nabi اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”. رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku” (QS. Al Qashash: 16) … next Day22: …

Day22:Mytazkirah
Siapa yang nak dekat dengan Allah maka hendaklah dia berpuasa dan berdoa. Puasa mendekatkan diri orang berpuasa dengan Allah. Rasulullah SAW royat “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika ia berbuka, do’a yang tidak ditolakkan Allah” (ان للصائم عند فطرة ما ترد) Allah menyatakan bahawa Dia sangat hampir dengan hamba-hambanya (فَإِنِّي قَرِيبٌ) …iaitu Bila orang bertanya tentang Allah, Allah menjawab secara langsung bahawa Dia amat dekat dengan hamba-hambaNya فَإِنِّي قَرِيبٌ dan segera memperkenankan doa mereka. Maka marilah kita segera dan sentiasa berdoa kepada Nya. Tidakkah kita ni memerlukan Dia yakni Allah? Tidakkah kita selalu menyeru dan meminta minta daripada Allah? Maka marilah kita beriman dengan Allah agar kita mendapat petunjuk jalan yang benar. Marilah kita meneruskan puasa Ramadan kita kerana puasa ini membersihkan jiwa kita dan menjadikan kita orang-orang bertaqwa … seterusnya mendekatkan diri kita dengan Allah. … Next Day23 ….

Day23:Mytazkirah Allah SWT sangat dekat dengan kita. فَإِنِّي قَرِيبٌ … biasanya kalau kita dekat dengan sesorang kita berbicara dengan orang itu. Dengan Allah,… bagaimana kita ingin berbicara dengan Nya? Atau bagaimana kita ingin tahu Allah berbicara dengan kita? Ya! Allah sentiasa berbicara dengan kita kalau kita sentiasa membaca Al Quran. Bila kita baca Al Quran, masa itu Allah berbicara dengan kita. Allah menyeru kita … Allah mengajak kita, … Allah mengingatkan kita, …. Allah membimbing kita, …Allah memberi motivasi kepada kita … Allah mengacam kita, …. Allah menawarkan pelbagai ganjaran dan hadiah kepada kita … pelbagai perkara yang dibicarakan Allah kepada kita melalui Al Quran. Bicara Allah melalui Al Quran sentiasa segar ... sentiasa relevan …sepanjang masa … menjadi panduan kehidupan kita sepanjang hayat dalam semua lapangan dan urusan kita kehidupan kita. هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ Al Quran adalah petunjuk dari Yang Maha Mencipta. Adakah kita merasakan Allah berbicara dengan kita bila kita baca quran? Biasanya kita tidak merasai apa apa … kerana kita tidak memahaminya … Marilah kita memahami apa yang kita baca daripada Al Quran … marilah kita jadikan Al quran panduan kita dengan memahami apa yang kita baca. Marilah kita beriman dengan Al Quran yang sangat hebat dan istimewa ini … diturunkan pada malam yang istimewa … pada bulan yang istimewa … malam yang merupakan malam yang lebih baik ganjarannya dari seribu bulan. Jumpa di … Day24 …

Day24:Mytazkirah
Fitrah فطرة adalah tabii manusia … kejadian semula jadi … ia adalah sebahagian daripada manusia. Fitrah adalah kecederungan kepada perkara yang benar dan kecederungan untuk tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا …(fitrah ciptaan Allah yang telah mencipta manusia di atas landasannya). Puasa Ramadan dapat mengembalikan diri kita kepada fitrah … asal kejadian kita yang tunduk kepada Allah … patuh kepada Allah. zakat fitrah … adalah zakat jiwa … sedekah atas nikmat yang Allah berikan kerana kita dapat membersihkan diri kita menjadi insan yang tunduk dan patuh pada Allah. Ibn Abbas berkata “فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِيْنِ “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin.” (Hasan, HR. Abu Dawud). Zakat fitrah menyempurna puasa kita yang telah dan akan kita laksanakan dengan sempurna dalam beberapa hari lagi. Marilah kita kembali kepada fitrah Allah … agar kita menjadi orang yang bertaqwa. …. Next Day25

Day25:Mytazkirah
Pada hari ke 25 ini (dah melangkau masuk hari baru … ستغفرالله) … lagu raya sudah mula berkumandang … ucapan selamat hari raya telah meniti bibir bibir insan yang mula nak cuti atau berpisah balik kampug … walaubagaimanapun ramadhan belum berakhir… puasa masih ada lagi … keampunan Allah masih terbuka luas … tidakkah keampunan Allah yang kita sangat sangat perlukan? فاستبقوا الخيرات‎ maka berlumba lumbalah kepada melakukan kebajikan ... (Al Baqarah:48) begitu juga ditempat lain Allah beritahu kita “bersegeralah kamu kepada kepada keampunan dari tuhan kamu ….” وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ Bersegeralah kita kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang Allah sediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِي (al Imran:133). Allah juga beritahu kita apa yang akan berlaku kepada orang yang bertaqwa apablia mereka nampak pintu syurga …sebelum masuk syurga lagi iaitu mereka akan membaca pujian kepada Allah الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ … segala puji bagi Allah yang memberi hidayah ini, pada hal kami sekali kali tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memimpin kami dengan petunjukNya ….(al Araf:43) … selepas doa ini dibaca … pujian ini dibaca, malaikat pun menunjukkan syurga yang dijanjikan Allah … أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ … tidakkah kita ingin tergolong dalam golongan yang baca doa ini nanti? Cerita ini masih belum berlaku … ia akan berlaku nanti … Allah beri gambaran kepada kita agar kita berusaha … berkorban … bersungguh sungguh mencari keampuan Nya khususnya di bulan puasa ini. Marilah kita menggunakan baki masa Ramadan yang masih ada mencari redha Allah … mencari keampunan Allah …. Next Day26: ….. 

Day26:Mytazkirah
Allah mencipta kehidupan dan kematian kerana ingin tahu “siapakah diantara kamu (kalangan kita) yang lebih baik amalannya.” أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا So … timbul persoalan apakah amal yang paling baik patut kita lakukan? Adakah apa yang kita buat sekarang adalah amalan yang paling baik? Bagaimana kita tahu amal itu adalah amal yang terbaik? Amal yang terbaik ialah amal soleh yang dilakukan setelah beriman (إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا ) Ia juga bermaksud amal amal yang dibuat kerana Allah (ikhlas) dan amal yang benar iaitu amal amal yang sesuai dengan sunnah Rasulullah صلئ الله عليه وسلم . mereka yang beriman dan melakukan amal soleh serta saling ingat mengingati dengan kebenaran dan ingat mengingati dengan kesabaran (إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ) Antara senarai amal yang utama ialah belajar dan mengajar Al Quran, bersedekah dan memberi salam …, solat pada waktunya, berbakti kepada orang tua, bersungguh menyampaikan kefahaman Islam yang menyeluruh, mengajak orang kepada prinsip prinsip Islam, membuat kebajikan dan seterusnya. Pada baki serta sisa sisa ramadhan ini marilah kita menjauhkan amal amal lagha dan melakukan amalan yang terbaik pada sisi Allah. Semoga kita menjadi insan bertaqwa kepada Allah. … next Day27: ….

Day27:Mytazkirah
Sekali lagi catatan ini ingin mengajak diri ini dan pembaca budiman bersegera mencari … segera memburu … segera mendapatkan keampunan Allah (maghfirah Allah). Setelah berpuasa selama 26 hari dan hari ke 27 hampir tamat … harapannya kita sudah berada pada tahap taqwa yang diharap harapkan Allah dengan pelaksanaan puasa. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al baqarah:183) Pada bulan ramadhan ini kita meminta setiap malam … keampunan dari Allah dengan membaca اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”. Kita layak mendapat keampunan Allah sebab kita telah … “mendermakan harta pada masa senang dan susah, kita telah menahan kemarahan kerana berpuasa, kita telah memaafkan kesalahan orang, … kita telah berbuat perkara-perkara yang baik, kita … apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, kita segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa kita dan kita juga tidak meneruskan perbuatan keji yang kita telah lakukan itu.” Ini lah sifat yang melayakkan kita mendapat keampunan Allah seperti yang sebut dalam AL Quran (AL Imran: ayat 133-135) … bukan setakat keampunan tetapi juga ganjaran syurga yang di cemburui oleh ahli neraka serta golongan al araf. Adakah kita sudah memiliki sifat sifat itu? Adakah kita sudah layak diberi ganjaran tersebut? Oleh itu marilah kita meneruskan puasa kita dan berusaha melayakkan kita mendapat keampunan Allah dan syurga Allah. …. Next Day28 … 

Day28:Mytazkirah
Semasa membaca catatan wassup dan telegram rakan rakan terjumpa satu komen … lagu lagu raya solah olah mengejar ramadhan supaya segera pergi … ramadhan akan bersedih ... orang ramai akan bergembira. Itulah suasana dipenghujung ramadhan … kegembiraan orang ramai atas berakhirnya ramadhan. Sebaliknya orang orang soleh akan merasa sedih, hiba dan pilu bila ramadhan sampai ke penghujungnya. Mereka merasa kehilangan, kelebihan kelebihan yang Allah sediakan untuk mendapat ganjaran bekalan akhirat serta keampunannya. Bulan ramadhan adalah bulan keampunan. Ramadhan adalah bulan barakah. Ramadhan adalah bulan pintu pintu neraka ditutup dan pintu pintu syurga dibuka. (mafhum dari hadis Rasulullah SAW) . . . Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’ … (Bukhari) Itulah antara yang menyebabkan orang orang soleh … juga orang orang yang ingin mengislahkan (memperbaiki diri) merasa sedih atas pemergian ramadhan. Kita di mana? Itulah hubungan kita dengan ramadhan. … next .. Day29 …

Day29:Mytazkirah
Disana ada perbezaan antara kesedihan pemergian ramadhan dan kegembiraan menyambut eid fitri. Sedih kerana kehilangan kelebihan kelebihan yang Allah sediakan dibulan ramadhan. Mana ada malam sehebat lailatul qadr … juga mana ada bulan sehebat ramadhan … sehingga kita jumpa kembali pada putaran kan datang. Sedih semasa membuat semakan atau hisab amal sebelum berbuka pada hari terakhir puasa ramadhan … kerana tidak sanggup berpisah atau kerana ada banyak yang miss. Kalau miss opportunity … terlepas peluang meraih kelebihan ramadhan … maka rugilah kita … beristighfarlah kita sebanyak banyaknya. Allah masih menerima amal amal kita sehingga kita dipanggil menemuiNya. Wallahu alam. Eidul Fitri pula ialah hari kegembiraan … sudah tidak ada kesedihan pada hari ini iaitu eidul fitri. Ia adalah hari kita bergembira … bergembira dengan hiburan hiburan yang dicontohkan oleh rauslullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Eidul Fitri adalah kembali kepada fitrah … kembali kepada kejadian asal … tabie … kembali kepada Islam setelah berjaya melaksanakan puasa ramadhan … Berjaya kembali melaksanakan perintah perintah Allah. Juga kembali kepada boleh makan selepas berpuasa pada siang hari. Itulah eidul fitri. Maka layaklah diucapkan Selamat hari raya dengan ucapan تقبل الله منا ومنكم semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu. … next Day30: … jika tidak diistihar Hari Raya …

Saturday, September 26, 2009

JIM Bachok

Ini adalah pemikiran saya semasa merasmikan MAD JIM Bachok kali 3 2009 pada 26 Sept 2009.
____________________________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

السم عليكم ورحمة الله وبركته

Segala puji dan puja bagi Allah SWT yang memberi nikmat Islam dan Iman; yang berkuasa keatas segala sesuatu; yang suci dari segala kekurangan; yang maha adil dan maha berkuasa dan yang memiliki segala yang ada diseluruh alam ini.

Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabiin, tabiin-tabiin, dan mereka yang mengikut jalan baginda sehingga kehari yang kemudian.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Hari ini 7 syawal 1430H, 7 hari selepas ramadhan. Mudah-mudahan kita semua berada ditahap taqwa yang tinggi. Masih kekal bertilawah Al Quran, masih kekal bersemangat memberi infak, masih kekal melaksanakan amalan-amlan sunat-sunat, sedang berusaha untuk melaksanakan puasa sunat syawal, masih dapat mengekang nafsu dan mempunyai kekuatan yang cukup untuk melaksanakan daawah ini.

Kita diberi nikmat yang besar iaitu nikmat memahami daawah. Dengan nikmat ini kita berusaha mewujudkan wadah ini, JIM khususnya JIM Daerah Bachok. Nikmat ini datang dengan amanah yang besar. Amanah melaksana dakawah ini. Amanah melaksana urusan ini sebaik mungkin, Amanah ini perlu dilakukan bukan diwaktu senggang kita tetapi sepanjang waktu dan luang yang ada seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Nuh. Nabi Nuh a.s. telah melakukan dakwah ini siang dan malam sehingga baginda berdoa kepada Allah.

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا ﴿٥﴾
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.
(Surah Nuh: 5)

Adakah kita boleh membuat seruan seperti yang dilakukan oleh Nabi Nuh? Adakah kita telah memenuhi syarat-syarat tersebut? Kita tahu jawapannya. Keahlian kita sedikit bukan kerana manusia menolak daawah kita tetapi kita yang tidak mengajak mereka. Ini satu ujian bagi kita.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

“Core business” kita ialah daawah dan tarbiyyah. Disana ada tiga bentuk amal daawah: Amal Tajmi’ie, Amal Muassasi dan Amal Am . Amal Am adalah amal yang dilakukan untuk masyarakat umum agar ruh Islam dapat didengari dan dihayati oleh mereka. Ia bukan untuk ahli.

Amal Muassasi pula ialah amal-amal dakwah yang dilaksanakan melalui institusi-institusi yang diwujudkan untuk mencapai objektif dakwah menerusinya.

Manakala amal tajmi’ie pula ialah usaha mengumpul manusia untuk mendokong daawah ini dan menyambung dawaah ini sehingga kalimah Allah tertegak di atas bumi ini. Amal tajmi’ie ialah proses mengumpul manusia dalam gerakan Islam untuk menegakkan Islam.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Berdasarkan tiga kategori amal yang disebutkan tadi, dimanakah kita sekarang? Kita sepatutnya boleh mempertingkatkan keahlian kita. Amal am kita sentiasa berterusan. Apabila ada amal am, tajmi’ie kita patut berlaku. Wadah kita akan menjadi semakin besar dan apabila ramai anggota masyarakat sukakan Islam, menghayati Islam secara fardi, akan mudah mereka menerima syariat dan mereka akan meminta agar syariat di tegak.

Saudara-saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Gerakanlah dakawah ini! Ia adalah tugas kita. Kita perlu meletakkan pemikiran dan usaha untuk mengerakkan daawah ini. Ia bukan kerja ustaz-ustaz ia adalah kerja kita semua, taklif keatas semua orang Islam, lebih-lebih lagi keatas bahu-bahu kita yang memahami daawah ini.

Saudara-Saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

JIM ada RJIM2. Saya tak pasti saudara-saudara memahami RJIM2 ini. Saya sebutkan pada hari ini kerana RJIM2 adalah usaha kita bersama. Tugas kita untuk menggerakkan RJIM2 ini di kawasan kita.

Saudara-Saudara ahli JIM yang dirahmati Allah,

Dengan Kehangatan Iman dan Taqwa hasil tarbiyyah Ramadhan marilah kita bersama-sama meningkatkan usaha dan kerja-kerja dakwah kita dalam masyarakat.

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya merasmikan MAD JIM Daerah Bachok kali ke 3 2009.

Sekian.

Wednesday, September 23, 2009

Peranan Mahasiswa Kg Kutan

Alhamdulillah, puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Dia yang Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, dan segala yang hebat adalah milikNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan mereka-mereka yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari yang kemudian.

177. Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Baqarah: 177)

Satu Kisah yang berlaku dalam sejarah ummah ialah bagaimana pihak musuh Islam sentiasa memerhati dan mencari kesempatan untuk menyerang ummah ini. Peristiwa ini berlaku selepas ummah Islam menguasai Sepanyol dan bersempadan dengan Perancis. Perancis masih kuat pada masa itu. Pemimpin mereka cuba untuk menawan kembali Sepanyol. Mereka menghantar pengintip untuk melihat suasana di Sepanyol. Mereka bertemu dengan seorang pemuda Islam yang menangis dengan begitu sedih sekali. Mereka bertanya kepada pemuda itu sebab dia menangis. Pemuda itu memberitahu yang ibunya tidak membenarnya dia menyertai tentera Islam sehingga dia tamat menghafal Al Quran sedang dia sangat-sangat ingin menyertai tentera untuk pergi berjihad. Pengintip tersebut kembali kenegaranya dan melaporkan bahawa mereka tidak boleh menyerang Kerajaan Islam yang mempunyai pemuda yang begitu bersemangat untuk berjihad.

Tiga puluh tahun selepas itu, kerajaan perancis menghantar perisik untuk menilai kembali suasana diSepanyol. Perisik tersebut bertemu dengan seorang pemuda yang menangis. Perisik itu bertanya pemuda tersebut mengapa dia menangis. Pemuda itu memberitahu dia menangis kerana ibunya tidak mahu memberinya hamba perempuan kepadanya. Perisik kembali ke Perancis dan memberitahu hal tersebut. Pemimpin Perancis mengambil keputusan untuk menyerang kerajaan Islam Sepanyaol dan mereka berjaya menawan Sepanyol Utara.

Kisah ini menunjukkan kepada kita kekuatan ummah terletak pada golongan muda, lelaki dan perempuan. Tabiat golongan muda hari ini akan menentukan kedudukan ummah pada masa depan. Gologan muda yang cintakan kebendaan dan kemewahan, kerja, gaji yang tinggi, kedudukan dan nama tidak akan dapat membela Islam dan tidak akan dapat membawa perubahan Islam. Golongan muda hari ini, khususnya pelajar dan mahasiswa mesti dibimbing dan dididik dengan fikrah dan akhlak Islam agar mereka dapat menjadi pejuang Islam. Oleh itu golongan muda mempunyai peranannya dalam kesinambungan perjuangan aqidah dan pelaksanaan amanah khilafah diatas muka bumi ini.

AL Quran telah mengisahkan kebangkitan dan kekuatan terletak pada golongan muda. Kisah ashabul Kahfi, kisah Thalut dan Jalut, kisah ashabul ukhdud, kisah dan remaja yang mati kerana memperjuangan kalimah Allah.

Seerah Rasulullah juga penuh dengan kisah-kisah pemuda yang beriman yang berjuang menegakkan agama Allah. Dua orang pemuda cuba memujuk Rasulullah agar mengizinkan mereka menyertai jihad fi sabilillah di Badr. Ali bin Abi Talib dengan hebatnya mempertahankan daawah dan pelbagai peristiwa lagi yang boleh kita petik untuk pengajaran kita bersama.

Apakah peranan anda sekarang? Saya ingin mengajak saudara-saudara untuk mewarisi perjuangan para abiya’, perjuagan Rasulullah dan sahabatnya. Saya ingin mengajak saudara-saudara membentuk diri sendiri dan seterusnya membentuk diri orang lain. Itulah yang dicontohkan lepada kita oleh Rasul dan sahabat-sahabatnya. Saya ingin mengajak saudara-saudara melaksanakan tugas daawah. Tugas daawah bukan khusus untuk golongan bergelar ustaz atau ustazah. Tugas daawah adalah tugas kita orang Islam. Ini kefahaman yang difahami oleh sahabat-sahabat Rasulullah apabila mereka memeluk Islam. Sebab itu mereka terus melaksanakan dakwah estela mereka memeluk Islam.

Tugas dakwah ini adalah tanggungjawab kita. Tugas ini adalah lebih khusus lagi untuk kita, saudara-saudara relajar yang terpilih untuk kemenara gading. Allah memilih saudara untuk membawa perubahan lepada ummah ini. Allah bukan memilih saudara untuk berbangga dengan nikmat menjadi mahasiswa, untuk berbangga dengan status sebagai orang cerdik tetapi membuka ruang dan peluang untuk mendapat ganjaran yang besar menjadi golongan yang akan memperjuangkan Islam, golongan yang akan membela Islam, golongan yang akan mengajak ahli masyarakat kembali lepada ajaran Islam, golongan yang akan mengajak masyarakat melaksanakan peraturan-peraturan Islam dalam kehidupan ini.

Untuk melaksanakan tugas ini saya ingin mengajak saudara-saudara untuk memahami Islam, mempelajari AlQuran, mempelajari seerah Rasulullah SAW, membentuk diri, membentuk peribadi agar menjadi seperti usamah bin zaid. Bila sampai waktunya boleh diberi dan bersedia menerima tanggungjawab untuk memimpin ummah ini, masyarakat ini agar tunduk dan patuh lepada Allah SWT.

Tugas ini memerlukan fardi-fardi yang bersedia untuk dibentuk dengan acuan Islam, bersedia untuk belajar, bersedia untuk disusun dan susunan amal jamaie, amal berorganisasi, dan bersedia untuk mentarbiyah diri dan ditarbiyahkan agar menjadi batu-bata yang akan menguatkan ummah ini.

Melalui organisasi mahasiswa mukim kutan ini, bukan sahaja saudara-saudara dapat memberi kebajikan melalui program-program yang dirancangkan tetapi juga bersedia menerima input, bimbingan dari kami dalam aspek-aspek pembentukan diri dan peribadi dari semasa ke semasa agar usaha kita untuk mendidik dan mengajak masyarakat menghayati Islam dapat direalisasikan dengan baik. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian idea dan tebaran hasrat kami dapat saudara-saudara bincangkan operasikan dalam gerakkejra mahasiswa mukim kutan ini. Kami akan sentiasa bersama, memberi sokongan untuk usaha-usaha yang baik ini.

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."
(Surah Yusuf:108)

Monday, September 21, 2009

Khutbah EIdul Fitri 1430

KHUTBAH INI DI SAMPAIKAN PADA 1 SYAWAL 1430H (2O/9/2009)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al Baqarah: 183-185)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

نقبالله من ومنكم,
“Semoga Allah menerima amalan (puasa Ramadan) kami dan kamu”
Hari ini bukan hari bersedih dan memcucurkan air mata tetapi hari ini adalah hari kita mengalirkan airmata kerana bersyukur dengan nikmat Allah kepada kita.
Alhamdulillah! kita diizinkan Allah untuk menamatkan Ramadan dengan jayanya. Tahniah!
Alhamdulillah! kita telah berjaya melaksanakan kewajipan zakat fitrah sebelum kita bersama menunaikan solat sunat eidil fitri pada hari ini.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah! Hari ini kita dapat merayakan salah satu eid – eidul fitri atau hari raya fitrah yang di syariatkan oleh Allah SWT kepada kita seperti mana hadith Rasulullah SAW.

Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, "Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; 'Eidul Adha dan 'Eidul Fitri’.” (Hadith Sohih: Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah! Pada hari ini kita bergembira dengan pakaian baru, dapat makan pada siang hari, bersama keluarga dan menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Matlamat as siyam di bulan ramadhan adalah at taqwa. Sifat utama orang beriman ialah mereka bertaqwa. Taqwa adalah sifat jiwa, sifat hati sepertimana sabda Rasulullah SAW,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً . الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ . التَّقْوَى هَهُنَا –وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
[رواه مسلم]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.
(Riwayat Muslim)

Muslimin dan Muslimat yang dihormati Allah,

At taqwa (Taqwa) ialah memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal salih dan takut kepada Nya ketika terang dan tersembunyi. Taqwa adalah merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya. Ia membolehkannya untuk menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan ini, serta membantunya untuk membezakan antara sebuah kehidupan yang baik dan yang buruk juga menyabarkannya ketika berhadapan dengan mihnah (ujian), tribulasi dan kesusahan kehidupan ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Kebaikan dan kelebihan sifat taqwa ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al Quran,

29. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar.
(Al Anfal: 29)

28. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkanNya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Hadid:28)

2. .... dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At Talaq:2 – 3)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya kebenaran tidaklah mengasingkan dirinya dari fitrah. Tetapi hawa nafsulah yang mendindingi kebenaran dengan fitrah, hawa nafsulah yang menyebarkan kelam kegelapan, mendindingi pendapat pemikiran menutupi jalan dan menyembunyikannya. Ianya tidak tertewas oleh hujah, tetapi ianya tertewas oleh ketakwaan. Tertewas oleh ketakutan kepada Allah dan muraqabah kepada-Nya ketika tersembunyi dan secara berterangan. Daripada ini nyatalah bahawa Al-Furqanlah (Al-Quran) yang menyinari pandangan dan menghilangkan segala kesamaran serta membuka (menjelaskan) jalan.(Abdullah Nasih Ilwan)

Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Taqwa adalah sangat penting dalam kehidupan manusia yang beriman kepada Allah. Ia penting dalam kehidupan kita. Ia boleh menyelesaikan persoalan dan permasalah kehidupan kita. Ia boleh membetuk manusia – kanak-kanak atau remaja, belia atau dewasa, lelaki atau perempuan. Ia boleh menjadikan masyarakat kita harmoni kerana semua ahli masyarakatnya bertaqwa kepada Allah.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Selepas ramadhan ini, sepatutnya tidak berlaku kegawatan dalam kehidupan kita sama ada kegawatan feel perangai, kegawatan sosial, kegawatan ekonomi, kegawatan politik dan kegawatan ummah. Persoalannya kegawatan ini tidak hilang. Jika hasil yang diharap-harapkan oleh Ramadan – menjadikan kita manusia bertaqwa - tercapai, InsaAllah kegawatan dan isu-isu dihadapan dapat kita hadapi, manusia yang jahat akan jadi baik, manusia yang berdosa akan bertaubat kepada Allah dan kembali kepada melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, Jangan kita lupa akan saudara-saudara Islam kita di Palestine yang menyambut eidul fitri di khemah-khemah pelarian dalam keadaan terkepung dan terjajah. Lebih dari 5 juta rakyat Palestine berada di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan Gaza. Generasi pertama telah beraya selama 61 tahun dalam keadaaan yang begitu. Selama 60 tahun mereka tidak dapat kembali ke kampung halaman, tidak dapat balik kampung. Golongan muda mereka tidak kenalpun akan kampung halaman mereka.

Umat islam dibaitul Maqdis pula tidak dapat memakmurkan masjidil Aqsa. Mereka sembahyang dibawah-bawah muncung senjata tentera zionis. Mereka dikenakan sekatan umur untuk masuk ke Masjidil Aqsa.

Muslimin dan Muslimat yang rahmati Allah,

Inilah senario umat Islam diPalestine. Menjadi tanggungjawa kita untuk mendoakan dan memberi bantuan kepada mereka. Begitu juga dengan umat Islam di Iraq, di Afghanistan, di China yang tersempit dan terhimpit oleh kejahatan manusia yang tidak takut pada Allah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

خطبة كدوا
Muslim dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Walaupun ramadan telah berlalu marilah kita terus melaksanakan
• Baca alquran dengan penuh perhatian (tadabur) dan khusyu’
• Mengikut contoh tauladan rasullullah saw
• Mendampingi orang-orang yang soleh “berjuruh”
• Sentiasa mengingati Allah pada setiap ketika dan keadaan
• Menangis ketika bersendirian kerana takutkan Allah
• Sentiasa mengerjakan ibadah-ibadah sunat; sembahyang;puasa:sedekah; haji dan umrah sunat jika mampu.

Thursday, June 4, 2009

Perbezaan antara manusia

Hasanatul Abrar, Sayiatul Muqarabin ...

Al Abrar ialah orang yang suka buat kebaikan. Disisi Al Abrar, satu amalan kebaikan ia adalah satu hasanah.

Al Muqarabin adalah orang yang dekat dengan Allah SWT, orang yang mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

to be continue ...